Saya agak keliru berkenaan penggunaan perkataan staf atau kakitangan. Adakah lebih elok menggunakan perkataan kakitangan berbanding staf? Contohnya staf sokongan vs kakitangan sokongan. Kerana dari laman web dbp sendiri masih menggunakan istilah staf atau staf sokongan berbanding istilah kakitangan dan kakitangan sokongan. Mohon diberi penjelasan. | Kamus Dewan menakrifkan staf ialah kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama) atau kakitangan; manakala kakitangan pula ialah pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan staf melibatkan pelbagai jawatan dalam kumpulan kerja yang sama. Kakitangan pula dikaitkan dengan jawatan yang lebih rendah atau pembantu di sesebuah pejabat. Walau bagaimanapun takrif ini tidak selamanya tepat kerana sering kita mendengar ungkapan kakitangan kerajaan (pelbagai jenis jawatan wujud di dalamnya). Oleh itu, penggunaan kata staf dan kakitangan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ? | Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
supporter | sokongan | Lain-lain | 16.02.2009 |
"Terima kasih di atas sokongan anda" ini adalah contoh ayat.soalan saya adakah perkataan "di" perlu dibuang.Kenapa? | "Terima kasih di atas sokongan anda" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sokongan anda". | Tatabahasa | 24.02.2009 |
sama ada penggunaan perkataan idi bawah betul atau sebaliknya : menggembelengkan sokongan | Kamus Dewan Edisi Empat memberi makna menggembleng sebagai menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (menghasilkan, memperteguh) sesuatu: penduduk kampung itu menggembleng tenaga untuk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi menggembleng modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan. Perkataan gembleng kurang sesuai digunakan untuk sokongan. Perkataan yang lebih sesuai ialah mendapat sokongan, menguatkan sokongan. | Tatabahasa | 08.02.2013 |
keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seorang anak. tanpa sokongan dan dorongan keluarga, tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan. | | Lain-lain | 22.03.2008 |
Keputusan yang ( beliau ambil ) mendapat sokongan sebulat ( daripada ) ahli-ahli (jawatankuasa ) badan itu. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah ( beliau ambil ) dan apakah perkataan yang sesuai digunakan? | Ayat tersebut dikategorikan sebagai ayat pasif kerana menggunakan kata kerja pasif. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Ayat yang betulnya ialah 'keputusan yang diambil oleh beliau mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli-ahli jawatankuasa badan itu. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit." | Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Sila semak papan iklan ini. Sekiranya lulus saya memerlukan surat sokongan dari pihak tuan. Sila berikan ejaan dalam tulisan Jawi | Tadika Elit Cemerlang dalam tulidan Jawi ialah تاديکا ايليت چمرلݞ Untuk pengesahan iklan, klik domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Ejaan | 04.02.2013 |
setiap anggota yang hadir di dalam mesyuarat itu telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada beliau. adakah soalan mempunyai kesalahan tatabahasa? | Tidak mengandungi kesalahan. | Tatabahasa | 06.08.2008 |