Bagaimana nak jawikan perkataan bahasa inggeris 'sold out'? | Ejaan Jawi "sold out" ialah سول د اءوت | Ejaan | 25.02.2025 |
Apakah perbezaan antara "dagang" dan "jual"? Adakah "sold and traded" boleh diterjemah kepada "dijual-beli"? | Jual lazimnya diterjemahkan daripada sale/sold, manakala dagang ialah terjemahan trade/commerce. Berdasarkan konteks penggunaan, kita boleh lihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan. Jual digunakan dalam konteks yang lebih umum, manakala dagang dalam konteks yang lebih khusus dalam skala yang lebih besar. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.01.2020 |
Melalui semakan kami, istilah makanan yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah ini iaitu "lup cheong" ialah "lap cheong". Adakah terdapat padanan bagi istilah "lap cheong" ini dalam bahasa Melayu atau istilah asal boleh dikekalkan? (4) The provisions of subregulation (3) relating to the proportion of fat that may be contained in manufactured meat shall not apply to manufactured meat sold in casing and described as salami or salami-type sausage, lup cheong and sausages from edible organs. (4) Peruntukan subperaturan (3) berhubungan dengan kadar lemak yang boleh terkandung dalam daging kilangan adalah tidak terpakai bagi daging kilangan yang dijual dalam sarung dan diperihalkan sebagai salami atau sosej jenis salami, lup ceong dan sosej daripada organ boleh dimakan | Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu dikekalkan daripada istilah asal atau cadangan padanan seperti yang berikut: lap cheong - lap cheong/sosej China Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 05.06.2021 |
Melalui semakan kami di prpm, padanan bagi perkataan "infant feeding" ialah "memberi makan bayi". Kenapakah padanan tersebut bukan "memberikan makanan kepada bayi"? Kami bercadang untuk memberi padanan kepada perkataan "infant feeding" dalam ayat di bawah ini dengan perkataan "diberi makan kepada bayi". Adakah ia tepat dari sudut tatabahasa dan konteks ayat. Infant formula 389. (1) Infant formula shall be any food described or sold as an alternative for human milk for the feeding of infants. It is a product prepared from milk of cow or other animal or other edible constituent of animal or both, including fish, or from plant suitable for infant feeding Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi | Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi. Terjemahan di atas oleh tuan adalah betul sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2021 |
Executive feredal agency Mantology target M Sdn Bed badge criminals investigation Under Section 501 503 509 roll of low Criminals prasending justification Criminal justice investigation civil war Hakcipta Copyright reserved © 2017 Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia. Copyright of the official portal of the Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia and its contents which include information, text, images, graphics, logos, sound files, video files and their arrangement, and materials therein are owned by Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia unless otherwise indicated. No part or parts of this portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcast, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia. | Soalan tuan bukan soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sekiranya tuan mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan ejaan, makna kata, tatabahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami bantu. | Lain-lain | 20.02.2024 |
Assalamualaikum, Diharap ini adalah saluran yang betul. Saya memerlukan bantuan dan pemahaman tentang perkataan "novelty" di mana makna yang saya dapat di sini adalah "pembaharuan". Mohon bantuan jika boleh untuk memberi contoh ayat supaya lebih faham kerana saya perlu menerangkan kepada umum. Sekian, terima kasih. | Megikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, Novelyy membawa maksud: n 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil. | Makna | 29.10.2014 |