Zahrah Solehah MON 22:53 Zahrah Solehah Zahrah Assalamualaikum, bagaimana cada untuk saya menyertai pengkarya guru? Assalamualaikum, bagaimana cara untuk saya menyertai pengkarya guru? | Mohon puan kenal pasti penganjur dan urus setia atau berhubung terus dengan mereka. Jika memang DBP terlibat dalah program tersebut, sila hubungi talian awam DBP (03-21479000) untuk disambungkan kepada bahagian yang terlibat. | Lain-lain | 27.02.2017 |
Ain Solehah AHA 2.19 PTG Ain Solehah Assalammualaikum...mcm ne utk terbitkn buku..mcm ne prosedur dia..? | Salam, Untuk menerbitkan karya ke DBP, langkah awal, puan perlu menghantar manuskrip bercetak berserta surat penyerahan karya kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.09.2017 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan mega. Pihak kami bercadang untuk mengadakan program GEGAS MEGA. GEGAS adalah singkatan kepada perkataan Generasi Gadis Solehah. Jadi adakah sesuai untuk menggunakan perkataan mega tersebut? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, mega bermaksud terlalu besar atau hebat. Pada pandangan kami, singkatan GEGAS tidak sesuai digunakan bagi frasa Generasi Gadis Solehah kerana perkataan gegas mempunyai maksud tersendiri. Puan hendaklah menggunakan frasa penuh untuk program tersebut, GENERASI GADIS SOLEHAH MEGA. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Baharu-bahru ini kawan saya ada berbincang diruang facebook tentang gerabak kereata api KTM yang terpampar ayat "koc untuk wanita sahaja" . Apabila dia terjemah di google translate ianya terpampar "koc for women" Ada logiknya disitu, kenapa mengunakan ayat koc? apa salah mengunakan ayat yang tersedia ada seperti gerabak? dan kenapa "wanita" bukan mengunakan "Perempuan"? Sekian Terima Kasih Fain Wahab | Untuk makluman tuan, perkataan koc telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Perkataan wanita ialah bahasa halus bagi perempuan dan lazimnya dalam konteks rasmi/gelaran perkataan wanita yang digunakan seperti wanita pertama (first lady) dan wanita solehah. | Tatabahasa | 09.11.2012 |