Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata solusi

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon bantuan untuk terjemahkan "Recycling & Waste Solutions Department" - pendapat saya: Jabatan Kitar Semula dan Solusi Sisa PepejalJabatan Kitar Semula dan Penyelesaian Bahan Sisa PepejalMakna13.12.2018
boleh signboard ini digunakan untuk rujuk an Majlis Daerah Semporna untuk buat lesen operasi & bagi sebab & solusi jika tidak diluluskan

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Jika tidak aktif dan bukan berstatus Registered, sila qunakan nama yang berdaftar dengan SSM sahaja atau nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul sahaja.

Lain-lain05.03.2026
Saya sedang memilih tagline yang sesuai untuk syarikat saya dan ingin membuat semakan adakah tatabahasa yang digunakan betul. Berikut adalah tagline yang dipilih: 1. Kawalan Perosak Berkualiti 2. Solusi Perosak Terbaik 3. Perkhidmatan Perosak Berkualiti Terima kasih.Cadangan kami: 
1. Kawalan Makhluk Perosak Berkualiti
3. Khidmat Kawalan Makhluk Perosak Berkualiti 
Tatabahasa19.11.2025
Will need assistance on translating the term "Retail and Enterprise Distribution" into BM. May i suggest for it to be translated to "Pengedaran Pengguna dan Perusahaan" or "Pengedaran Solusi Kewangan Pengguna dan Perusahaan". It essentially is a centre that provides consumers with retail consumer and SME products/ services.Terjemahan yang dicadangkan ialah Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan SederhanaPenyemakan dan penterjemahan06.01.2017
Mohon Tuan-tuan dan puan-puan mengalisis kesalahan tatabahasa terhadap ayat yang di bawah.Perkataan ''menangani''adalah salah atau tidak salah? Menangani masalah luar biasa seperti pandemik Covid-19 memerlukan solusi dan keberanian tindakan yang luar biasa juga.

Perkataan menangani adalah betul dan boleh digunakan. Ayat yang betul ialah Menangani pandemik covid-19 memerlukan penyelesaian dan tindakan luar biasa.

Tatabahasa09.07.2021
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih.1. Simbol & perlu dieja penuh "dan".
2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan
3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan
4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan
Penyemakan dan penterjemahan26.01.2017

Kembali ke atas