| Apakah terjemahan untuk "Father, Son and Holy Spirit" dalam Bahasa Malaysia? | Cadangan terjemahan bagi Father, Son and Holy Spirit ialah "Bapa, Anak dan Roh Kudus" | Makna | 11.06.2022 |
| who is ur mother's son? | Saudara, Diharap saudara dapat mengemukakan soalan dengan jelas. | Lain-lain | 08.08.2010 |
| "Electrocute" diterjemahkan sebagai terkena kejutan atau renjatan elektrik. Bagaimana hendak menterjemah "Electrocute" dalam satu perkataan? Sebagai penterjemah rancangan televisyen ia terlalu panjang untuk diterjemah di kaca tv sebab huruf yang boleh dipaparkan adalah terhad. Contoh ayat ialah : She electrocuted her son to death. | Bagi konteks ayat yang diberikan, padanan dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: electrocute - renjatan elektrik Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 15.06.2021 |
| Apakah penjodoh bilangan bagi makhluk asing yang berupa seperti manusia. 1.sebagai contoh makhluk asing kree atau kripton, mereka memiliki rupa paras seakan manusia, adakah boleh digunakan penjodoh bilangan seorang? sebagai contoh, seorang lelaki kree/kripton telah masuk melalui pintu automatik. 2. Bagaimana pula dengan makhluk separa binatang, contohnya Son Goku, makhluk saiyan di dalam komik dragon ball, dia separa monyet, bolehkah digunakan penjodoh bilangan seorang pada makhluk saiyan itu? | Untuk makluman, perkataan makhluk asing tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk makhluk asing. Penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah digunakan. | Tatabahasa | 16.03.2020 |
| 1. Anak bapa atau anak bapak? Mana satu betul? 2. Maksud anak bapa ialah mempunyai hubungan yang baik dengan bapa atau orang yang berani? Terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat maklumat mengenai perkataan "anak bapa" atau anak bapak" dalam pangkalan data istilah dan kamus terbitan DBP. Istilah yang ada ialah perhubungan anak-bapa yang merupakan padanan bahasa Melayu untuk "father-son relationship". | Istilah | 22.09.2016 |