1. Apakah jawapan bagi soalan berikut : A. Apakah bentuk songkok ? a. tirus b. bulat c. leper d. bujur | Jawapan yang tepat untuk bentuk songkok ialah: d. bujur | Lain-lain | 05.09.2016 |
1.Apakah penjodoh bilangan yg sesuai untuk songkok, kopiah, pasu, dan baldi? 2. Apakah bahasa istana untuk 'rombongan'? | Saudara Razkam, Sebagai makluman tidak semua benda memilki penjodoh bilangan. Namun untuk 'songkok, kopiah, pasu, dan baldi' penjodoh bilangan yang digunakan ialah buah. Untuk pertanyaan kedua, tiada maklumat bahasa istana untuk perkataan rombongan dalam sistem kami. Mohon maaf atas kesulitan tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan untuk tanjak atau tengkolok. Soalan ini ditanyakan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 4 pada tahun 2023. | Penjodoh bilangan ditentukan berdasarkan bentuk. Entiti yang hampir sama bentuknya dengan tengkolok/tanjak ialah songkok. Jika sebuah songkok digunakan, maka penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah tengkolok dan sebuah tanjak. | Tatabahasa | 02.01.2024 |
saya muhammadikran mama saya sedang belajar bahasa melayu.dasar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.apakah maksud ayat bersusun.terima kasih | Selamat petang: Untuk makluman, tidak terdapat istilah "ayat bersusun"dalam rekod kami. Kami berpendapat istilah yang dimaksudkan ialah ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Contoh ayat majmuk: 1. Ali guru tetapi adiknya kerani. 2. Anak itu lapar kerana belum diberi susu. 3. Selendang ini untuk ibu manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik. | Tatabahasa | 22.09.2016 |