Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, mengelap: he used his handkerchief to ~ up the spilt ink, dia menggunakan sapu tangannya utk mengelap dakwat yg tumpah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt soak in liquid, merendam: they ~ped pieces of bread in the gravy, mereka merendam keping-keping roti dlm kuah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. small concession, inducement, approp n + utk memujuk: as a ~ to those who had not been promoted, it was decided to give them a small rise in salary, sbg tindakan utk memujuk mereka yg tdk dinaikkan pangkat, diputuskan bahawa mereka diberikan kenaikan gaji sedikit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (food) makanan yg benyek: the patient can only eat ~s, pesakit itu hanya boleh makan makanan yg benyek; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sop


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KESALAHAN TATABAHASA SOP TULANGUntuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa".Lain-lain03.04.2013
KESALAHAN TATABAHASA SOP TULANGEjaan yang betul ialah "Sup Tulang". Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan kepada domain "Pantau Tegur Bahasa".Tatabahasa03.04.2013
Apa terjemahan yang tepat bagi SOP atau Standard Operating Procedures dalam Bahasa Melayu?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu  yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Penyemakan dan penterjemahan01.08.2018
Penggunaan perkataan Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa malaysia adakah Prosidur Oprasi Standard ataupun Prosidur Tetap Operasi atau ada perkataan lain yang berkaitanUntuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Istilah26.11.2012
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian.Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard.Istilah02.11.2011
SELAMAT PAGI, SYARIKAT KAMI TELAH HANTAR PEMOHONAN UNTUK PAPAN TANDA BERTARIK 2.8.2019, NO. PEMOHONAN 41857/2019, BOLEH SAYA TAHU BERAPA LAMA KENA AMBIL? TERIMA KASIH.1. SOP Penyemakan dan pengesahan  iklan dalam talian DBP ialah 3 hari bekerja  dan tidak termasuk cuti umum. Proses pengesahan lebih singkat jika tiada kesalahan/ pembetulan. Jika ada kesalahan teks, pelanggan perlu mengemas kini iklan dan proses semakan kali kedua akan dilakukan. Tarikh siap juga bergantung pada tempoh masa/kesegeraan  pelanggan membuat kemas kini.Lain-lain06.08.2019
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih

Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang
Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang
(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain15.07.2019
saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih.Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah  3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang.  Lain-lain16.06.2017

Kembali ke atas