| Assalamualaikum, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk: 1. Debrief contoh ayat: Proses debriefing adalah penting selepas sesi perbincangan tamat. 2. Axial Coding 3. Professionally Accountable Practice Sekian terima Kasih atas bantuan. Sopian | 1. Perkataan "debriefing" dalam ayat tersebut perlu diterjemah dalam bahasa Melayu 2. Tiada maklumat yang khusus bagi perkataan "axial coding" dan "Professionally Accountable Practice" dalam data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah "Pengekodan Paksi" dan "Amalan Bertanggungjawap Profesional" | Lain-lain | 08.11.2015 |
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan renting beberapa perkataan yang tidak dijumpai di Dalam kamus dewan akan maknanya. 1. Grounded Theory 2. Trustworthiness 3. Dependability 4. Confirmability 5. Transferability 6. Scientific Rigour Mohon cadangan perkataan yang sesuai untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia. Serian terima Kasih. SOPIAN 0194892464 | Cadangan padanan istilah seperti yang berikut: 1. Grounded Theory - Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan. 2. Trustworthiness - kebolehpercayaan 3. Dependability – kebergantungan/kebolehharapan 4. Confirmability – sah/kesahan 5. Transferability – keterpindahan/kebolehpindahan 6. Scientific Rigour – ketegasan saintifik | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2015 |
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464 | Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut: 1. managerialist - tatacara pengurusan. 2. sanction - isbat. 3. burnout - tekanan luar biasa. 4. Deinstitutionalize - pembebasan. 5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki. 6. egalitarian - egalitarian. 7. niche - tujahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2015 |
| Salam, Saya pelajar PhD bidang Kerja Sosial (Social Work) UKM ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkataan berikut: 1. Assessment 2. Evaluation Penerangan Untuk perkataan 'assessment' pekerja social atau pegawai kebajikan akan melakukan 'assessment' berkaitan situasi klien yang dirujuk kepada mereka. Diantara proses-proses 'assessment' yang dilakukan ialah seperti berjumpa klien, bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi, melawat ke rumah klien untuk melihat situasi dan persekitaran tempat tinggal mereka, bertanyakan jiran-jiran , keluarga rapat klien, agensi-agensi-agensi berkaitan misalnya sekolah, pejabat kesihatan, pejabat agama, majikan keluarga klien bekerja dan sebagainya. Pekerja social akan menyediakan laporan social(untuk kes bantuan, warga emas, perpindahan sekolah, tujuan pelesan/pembebasan daripada institusi), laporan pelindung (jika kes berkaitan penderaan kanak-kanak), laporan akhlak(jika kes juvana terlibat salahlaku), laporan pengangkatan (kes anak angkat) Jadi, di sini apakah terma yang paling sesuai digunakan untuk 'assessment;' dalam konteks kerja social ini? Sekian, harap dapat memahami konteks yang saya maksudkan. SOPIAN BRAHIM Calon PhD Kerja Sosial UKM | Assessment dalam ungkapan umum diterjemahkan kepada penilaian atau penaksiran, dan istilah penaksiran juga digunakan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, seperti assessment task diterjemahkan kepada tugas penaksiran. Evaluation diterjemahkan kepada penilaian dalam ungkapan umum dan juga peristilahan, seperti evaluation research diterjemahkan kepada penyelidikan penilaian. | Tatabahasa | 22.04.2016 |