Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.séj] | سوسيج

Definisi : (soséj) sj makanan drpd daging kisar yg diisi dlm usus atau sarung tiruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.séj] | سوسيج

Definisi : /soséj/ makanan drpd daging cincang dll yg diisikan ke dlm usus atau sarung spt usus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosej


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi 'sosej'?Penjodoh bilangan bagi sosej ialah batang.T.kasih.Tatabahasa21.08.2008
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya.
Sekian terima kasih.
Makna29.05.2017
Adakah perkataan lasagne dan hot dog perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Merujuk kepada prpm.dbp.gov.my menyatakan bahawa istilah sasar bagi istilah lasagne ialah lasagne manakala hot dog pula istilah sasar yang boleh kami cadangkan ialah sosej dalam bahasa Melayu yang lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2015
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi perkataan berikut 1. Chicken Breakfast Sausage 2. Concentrated Liquid Detergent 3. Easy To Peel (untuk kulit popiah) Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Chicken Breakfast Sausage - Sosej Ayam Sarapan
2. Concentrated Liquid Detergent - Detergen Cecair Pekat
3. Easy To Peel - Mudah Diasingkan
Istilah01.04.2014

Kembali ke atas