Apakah ejaan yang betul bagi penggunaan SOSIO. Adakah SOSIO-BUDAYA, SOSIO BUDAYA atau SOSIOBUDAYA? | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah sosiobudaya. | Ejaan | 26.02.2018 |
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih. | 1. ulang cetak 2. hala tuju 3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
sosio-ekonomi atau sosioekonomi | sosioekonomi | Ejaan | 22.07.2013 |
sosio demografi perlu dekat atau dijarakkan ? | Dieja sebagai satu perkataan, sosiodemografi. | Ejaan | 26.11.2010 |
bagaimana mengeja, perlu jarak atau dekatkan 1)sosio ekonomi atau sosio-ekonomi 2) kemas kini atau kemaskini | Ejaan yang betul ialah sosioekonomi. | Ejaan | 21.05.2010 |
Ejaan yang betul bagi perkataan dibawah: sosioekomoni atau sosio ekonomi atau sosio-ekonomi | Ejaan yang betul ialah sosioekonomi. | Ejaan | 06.11.2012 |
Perkataan sosio emosi, adakah ia ditulis satu perkataan (sosioemosi) ataupun dua perkataan (sosio emosi)? | Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. Ejaan yang betul ialah sosioemosi. | Ejaan | 22.10.2013 |
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
Salam Tuan, Adakah sosioekonomi dieja sebagai satu perkataan atau dua perkataan? Nampaknya istilah baru menggunakan sengkang antara sosio dan ekonomi. Yang mana betul? T. kasih | Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. | Ejaan | 17.11.2011 |
Assalamualaikum... Perkataan "sosiobudaya" juga dieja rapat atau dijarakkan seperti ini "sosio-budaya"? Terima kasih. | sosiobudaya (rapatkan) | Ejaan | 01.10.2015 |