| sosio-ekonomi atau sosioekonomi | sosioekonomi | Ejaan | 22.07.2013 |
| apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberal | Sosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik. | Makna | 18.05.2009 |
| Ayat yg betul.... Penggunaan "dalam kalangan" atau "terutama kepada" 1. Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Atau 2. Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi terutama kepada masyarakat Malaysia. | Penggunaan ayat yang betul ialah “terutama kepada”. “Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi terutama kepada masyarakat Malaysia.” | Tatabahasa | 13.11.2025 |
| Salam Tuan, Adakah sosioekonomi dieja sebagai satu perkataan atau dua perkataan? Nampaknya istilah baru menggunakan sengkang antara sosio dan ekonomi. Yang mana betul? T. kasih | Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. | Ejaan | 17.11.2011 |
| yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
| Assalam Tuan Sulaiman. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan slogan organisasi yang betul mengikut garisan tatabahasa yang dibenarkan oleh pihak DBP. slogan tersebut seperti dibawah:- "MEMPERKASA SOSIOEKONOMI ISI RUMAH KELUARGA MISKIN" Sekian terima kasih diatas tindakan dan kerjasama daripada pihak tuan. | Salam. Untuk slogan tersebut, dicadangkan supaya digunakan: MEMPERKASAKAN SOSIOEKONOMI ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH. | Lain-lain | 06.11.2015 |
| Ejaan yang betul bagi perkataan dibawah: sosioekomoni atau sosio ekonomi atau sosio-ekonomi | Ejaan yang betul ialah sosioekonomi. | Ejaan | 06.11.2012 |
| bagaimana mengeja, perlu jarak atau dekatkan 1)sosio ekonomi atau sosio-ekonomi 2) kemas kini atau kemaskini | Ejaan yang betul ialah sosioekonomi. | Ejaan | 21.05.2010 |
| Perkataan sosio emosi, adakah ia ditulis satu perkataan (sosioemosi) ataupun dua perkataan (sosio emosi)? | Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. Ejaan yang betul ialah sosioemosi. | Ejaan | 22.10.2013 |
| 1. Penomboran bab untuk tesis, apakah cara penulisan bab yang betu..BAB I ATAU DI EJA..BAB SATU.. 2. Ejaan sosio ekonomi yang betul? | 1. Penomboran bab bergantung pada gaya penulisan sama ada ditulis huruf atau dieja, kedua-duanya diterima. 2. Ejaan yang betul ialah sosioekonomi. | Lain-lain | 01.10.2010 |