asas sain sosial,definisi sosiologi,jenis kelompok, struktur kelompok,dyad,triad dan tekanan dalam kelompok. | Sdr Fatin, Sila sdr merujuk buku ini: TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN | |TERPERINCI Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1998 | 302.23072 Sye | Terperinci Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1992 | 302.23072 Ara | Terperinci Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 | 302.23072 Sye | | Lain-lain | 23.01.2008 |
Saya sedang melakukan satu kajian sosiologi tentang konsep sains. Terdapat satu istilah iaitu 'correlation does not imply causation' yang saya tidak tahu untuk terjemahkan. Saya ingin menanya sama ada wujudkah istilah yang sa,a atau hampir sama di dalam Bahasa Melayu? | Untuk makluman, tidak ada terjemahan bahasa Melayu untuk "correlation does not imply causation" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk correlation ialah korelasi, causation ialah sebab-musabab, penyebaban, penyebab, sebab, dan padanan untuk imply ialah mengimplikasikan, menandakan, membayangkan, melibatkan. Cadangan terjemahan ialah "Korelasi tidak mengimplikasikan penyebab" atau "Korelasi tidak membayangkan sebab". | Istilah | 06.10.2012 |
Salam sejahtera! Apakah terjemahan yang tepat bagi "Outreach programme"? T. Kasih | Dalam bidang sosiologi outreach diterjemahkan kepada bantuan. Cadangan terjemahan outreach programme ialah program bantuan atau dalam konteks tertentu boleh juga diterjemahkan kepada program khidmat masyarakat. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.10.2012 |
virtuous cycle vicious cycle | Padanan istilah dalam bidang perubatan bagi vicious cycle ialah kitaran kejam, manakala dalam bidang sosiologi pula ialah lingkaran ganas. | Makna | 04.08.2010 |
maksud perkataan hubungan dan hubungan etnik... sekian, | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Untuk keterangan lanjut sila rujuk IPTA/IPTS bidang sosiologi dan antropologi. | Makna | 12.08.2009 |
Terjemahan: 1. Nation building 2. Nation state | Untuk makluman, terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk "nation building", iaitu pembangunan negara (bidang Ekonomi), pembangunan bangsa (bidang Antropologi) dan pembinaan bangsa (bidang Sosiologi). Istilah bahasa Melayu untuk "nation state" ialah negara bangsa. | Istilah | 14.05.2013 |
Huraikan tentang nilai estetika yang terdapat dalam bahan kesusasteraan. Kemukakan contoh bagi huraian tersebut. Terima kasih. | Estetika ialah ilmu tentang keindahan. Dalam bidang kesusasteraan estetika ialah satu konsep untuk mengkaji keindahan yang terdapat dalam karya sastera. Untuk mengkaji keindahan dalam sesebuah karya sastera, unsur-unsur psikologi, sosiologi, entnologi, sejarah dan aspek-aspek lain yang saling berkaitan perlu dikaji bersama-sama. | Lain-lain | 06.02.2008 |
saya ingin menanya apakah perkataaan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan istilah "deprivation" dalam bahasa inggeris? Adakah ia bermaksud kelucutan? | Terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk deprivation, iaitu perlucutan (bidang Undang-Undang, Psikologi), penafian (bidang Psikologi, Geografi) dan deprivasi (bidang Psikologi, Sosiologi, Perubatan, Pendidikan). Oleh itu, padanan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 12.01.2011 |
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasih | Dalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal". | Istilah | 08.07.2011 |
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel? | Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti. | Lain-lain | 27.10.2010 |