salam, saya nak tahu sebelum "dan" perlukan letak koma? contoh: Rajin, jujur, dan amanah. | Penulisan koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Walau bagaimanapun penggunaan koma sebelum dan lazimnya digunakan bagi menyenaraikan kategori yang berbeza, contohnya Ahmad ke kedai membeli ikan, ayam, sotong, dan surat khabar. | Ejaan | 29.03.2012 |
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ? | Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut.
| Tatabahasa | 27.09.2010 |
salam sejahtera, Saya ingin kepastian tentang pengguanaan tanda koma(,) sebelum perkataan 'dan'. Adakah setiap kali sebelum 'dan' mesti diletak koma atau terdapat kriteria tertentu yang boleh dijadikan sebagai panduan sama ada perlu letak koma atau tidak. Adakah menjadi kesalahan jika tidak meletak koma sebelum 'dan'? | Penggunaan tanda koma sebelum "dan" lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori, contohnya Emak ke kedai membeli, ikan, sotong, dan surat khabar. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih. | 1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau. 2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang. 4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi". 6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 04.01.2013 |
Sila nyatakan cara penggunaan tanda bacaan yang betul pada ayat di bawah: Fahmi Karim dan Bala membersihkan makmal komputer Sila terangkan berkenaan penggunaan tanda bacaan koma. Saya diajar bahawa tiada tanda koma sebelum kata hubung dan. Adakah apa yang kami pelajari itu betul? Bilakah tanda koma digunakan sebelum kata hubung dan? Bilakah ianya tidak digunakan? Sejak bila ada perubahan pada penggunaan tanda baca tersebut? | Penggunaan tanda koma (,) dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut Fahmi, Karim dan Bala membersihkan makmal komputer. Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam dan udang di pasar. Tanda koma (,) tidak perlu diletakkan sebelum "dan". Penggunaan koma (,) sebelum "dan" biasanya untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan dari jenis yang sama atau kategori yang berbeza, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sayur, dan buah-buahan di pasar. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
salam sejahteraa, 1. Adakah ayat di bawah ini boleh diterima/dikatakan betul? a. Meja itu kemas dan cantik. b. Kantin itu kemas dan cantik. 2. saya keliru dengan penggunaan kata ganti nama 'ia' sekarang ini, adakah boleh digunakan sebagai kata ganti nama bagi manusia, haiwan,tumbuhan dan benda? 3. penggunaan koma juga mengelirukansaya dan rakan-rakan. Adakah penggunaan koma sebelum 'dan' boleh diterima?atau sama ada terdapat koma atau tidak sebelum 'dan' itu boleh diterima?(Maksudnya kedua-duanya betul.) cth: Ali, dan Abu.... Ali, Abu, dan Amin..... Ali, Abu dan Amin.... terima kasih. | 1. Ayat itu betul. 2. Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi ia tidak digunakan kepada haiwan. 3. oleh diletak koma sebelum dan apabila menyenaraikan perkara yang berbeza kategori seperti Emak ke pasar membeli ikan, sotong, dan bakul. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
Mana satukah yang betul: 1. Buku itu mengandung tiga bab ATAU Buku itu mengandungi tiga bab. 2. Bergantung pada ATAU bergantung kepada 3. KOMERSIL atau KOMERSIAL 4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. 5. Perlu ke gunakan koma pada akhir baris setiap lirik lagu . Contoh: negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju, ATAU: negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju | Salam sejahtera, 1. Buku itu mengandungi tiga bab 2. Frasa yang betul ialah bergantung pada. 3. KOMERSIAL 4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. Kedua-dua ayat yang digunakan tersebut betul, namun penggunaan ayat yang pertama adalah lebih gramatis. 5. Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam, dan udang di pasar. Lazimnya tidak perlu diletak koma pada lirik lagu. | Tatabahasa | 24.11.2012 |
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya. | 1) Perang Badar ialah kata nama khas. 2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar. 3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul. | Tatabahasa | 29.11.2011 |