| Apakah maksud soul? lagu yang bertemakan soul. Contoh ayat: She's a R&B, soul, & Jazz Artist Terima kasih. | Soul dalam bidang Antropologi diterjemahkan kepada roh, jiwa dan semangat. Merujuk makna tersebut lagu dalam genre soul bertemakan makna yang tersebut.
| Istilah | 13.09.2012 |
| Salam. Apa padanan terjemahan bagi "soul food"? "Soul food" ialah masakan etnik yang secara tradisionalnya dimasak dan dimakan oleh masyarakat Amerika Afrika di Selatan Amerika Syarikat. Mana paling sesuai antara "makanan jiwa", makanan soul (italik), makanan Amerika Afrika, dan makanan Selatan Amerika Syarikat? Ada cadangan lebih baik? Terima kasih. | Cadangan perkataan bahasa Melayu yang sesuai ialah makanan Amerika Afrika. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Istilah | 08.07.2020 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk "soul-stirring". | Untuk makluman tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "soul-stirring" dalam pangkalan data DBP. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Antara terjemahan yang dicadangkan untuk "soul-stirring" adalah seperti yang berikut: 1. membangkitkan semangat 2. mengusik jiwa 3. membangkitkan keghairahan atau keterujaan 4. membangkitkan emosi | Istilah | 04.04.2016 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin dapatkan padanan terjemahan untuk istilah "sign" dan "soul" bagi konteks ayat berikut: "In demonology, a seal, also known as a sigil, is the signature of a devil, demon or similar spirit, usually in order to sign a soul away." | Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan bagi "usually in order to sign a soul away" ialah kebiasaannya untuk menggadaikan jiwa. | Makna | 25.01.2021 |
| want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production | 1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acara | Istilah | 06.04.2012 |
| As salam Tuan, saya ini sangat hendak bertanya dan pendapat Tuan yang lagi arif tentang perkataan yang sesuai untuk Jabatan kami meletakkan papan tanda di tempat Pembakaran Mayat DBKL terutama di pintu masuk di mana dapat dilihat oleh orang awam ketika melalui jalan tersebut. besama sama ini juga saya sertakan draf atau perkataan mahu pun ayat yang sesuai di guna pakai. sehubungan denga ini juga saya memohon kepada Piha Tuan untuk menterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Melayu,Mandarin,India dan juga English, memandangkan negara kita mempuyai berbilang bangsa, Kerjasama pihak Tuan dalam perkara ini amat la saya hargai dan di dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEP AND SINCE SYMPATHY TO THE FAMILY OF THE DEMISE MAY THE SOUL REST IN PEACE OR THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEPEST CONDOLENCES TO THE BEREAVED FAMILY MAY THE SOUL REST IN PEACE yang iklhas MOHD RIZZUAN BIN HASAN | Wa alaikumussalam, Kami memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana DBP tidak memberikan khidmat penterjemahan. Pihak tuan boleh mengajukan pertanyaan dan bantuan sama ada kepada PPM (Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506) atau ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 03-41451800) Terima kasih. | Lain-lain | 28.08.2014 |
| Salam sejahtera tuan/puan, saya ingin minta bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut; 1. The flag of thought leads the way : Gagasan pemikiran/ideologi menerajui hala tuju @ Gagasan pemikiran/ideologi memacu hala tuju @ Bendera pemikiran/ideologi menerajui hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism : Kedudukan panduan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan pimpinan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan bimbingan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era : Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology : Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society : Hasrat Bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the Party : sepanduk ideologi Parti 7. faith in socialism : kepercayaan/keyakinan dalam sosialisme 8. political soul : semangat politik @ maruah politik @ jiwa politik 9. spiritual pillar : pendorong semangat Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan: 1. The flag of thought leads the way: Gagasan pemikiran/ideologi/fahaman menerajui/memacu/memandu hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism: Kedudukan panduan/bimbingan/ideologi/fahaman pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology: Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society: Hasrat bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the party: Lambang/isi utama ideologi parti 7. faith in socialism: kepercayaan/keyakinan pada sosialisme 8. political soul: semangat/maruah/jiwa politik 9. spiritual pillar: asas/tonggak rohani/semangat Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 21.02.2022 |