Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spa] | سڤا

Definisi : kep Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spa] | سڤا

Definisi : 1. tempat atau kolam mata air mineral yg mengandungi khasiat ubat-ubatan yg baik utk kesihatan: konsep penjagaan kesihatan dan ~ semakin popular dan membudaya di kalangan golongan korporat; 2. tempat yg menawarkan rawatan kesihatan dan kecantik­an dgn cara mandi wap, khidmat urut dsb; 3. jakuzi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spa] | سڤا

Definisi : 1 tempat atau kolam mata air mineral yg mengandungi khasiat ubat-ubatan yg baik utk kesihatan. 2 tempat atau pusat yg menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan dgn cara mandi wap, khidmat urut dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "spas"? Adakah "spa-spa" sesuai digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, spa-spa boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk spas. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat kerana adakalanya kita tidak perlu mengulangi kata tersebut walaupun merujuk kepada lebih daripada satu.Istilah04.07.2013
Salam, Permohonan saya untuk kelulusan untuk dua design papan tanda seperti di dalam lampiran telah ditolak atas alasan: 1) SPA DAN PUSAT KESIHATAN = SPA 2) PUSAT RAWATAN DAN KESIHATAN = SPA Untuk memenuhi syarat yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, menetapkan supaya ditulis Deskripsi ringkas tentang apa aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di atas papan tanda yang akan dipamerkan di hadapan kedai, apakah yang boleh sayatulis sekarang? Ini adalah permohonan semakan untuk cawangan saya yang ke empat. Untuk 3 permohonan terdahulu telah diluluskan oleh pihak DBP tanpa membangkitkan isu ini dan pihak PBT juga telah mengeluarkan lesen dengan mudah. Saya sertakan juga contoh permohonan terdahulu yang telah diluluskan. Saya ingin memohon pihak DBP menilai semula terhadap keputusan penilaian yang telah dibuat. Terimaksih.Untuk makluman, pihak kami telah mendapat arahan terkini yang kami tidak dibenarkan meluluskan papan iklan PUSAT KESIHATAN jika merujuk kepada kedai biasa. PUSAT RAWATAN KESIHATAN hanya dibenarkan jika merujuk kepada klinik kesihatan.Lain-lain26.01.2017
apakah maksud konsep spa aromaterapi?

Puan Bronica,

Maksud spa aromatérapi ialah spa yang memberikan  rawatan  menggunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb.

Makna18.01.2010
Assalammualaikum, Saya ingin membuka Spa di Putrajaya. Untuk pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan, bolehkah saya hanya meletakkan tulisan di papan tanda di kedai "HANZALEA SPA"? Terima kasihWaalaikumussalam...
Paparan iklan perniagaan perlu ada keterangan aktiviti perniagaan selain nama syarikat atau keterangan tambahan seperti PEJABAT URUSAN, RESTORAN atau SPA KECANTIKAN.

Contohnya:
SPA KECANTIKAN (perlu letak di sebelah kiri atas keterangan aktiviti perniagaan)
HANZALEA SPA (nama syarikat kebiasaannya di letak di tengah-tengah papan iklan.

Sekian terima kasih
Lain-lain10.04.2017
JAYA SPASoalan tuan tidak jelas.Lain-lain13.02.2014
euphoria boutique & spaSila layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.

Terima kasih.
Lain-lain20.02.2018
WILLSKY REFLEXOLOGY & SPA (Pengesahan Penggunaan Bahasa Malaysia untuk visual iklan)Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain07.07.2014
Salam, Terima kasih atas respon yang cepat mengenai pertanyaan saya tadi. Walaubagaimanapun, cadangan padanan bagi Laurent Blue Wellness & Spa Centre menjadi Pusat Senaman dan Spa seperti tidak sesuai kerana pusat ini tidak menawarkan khidmat senaman. Ia lebih kepada penjagaan kulit dan kecantikan. Mohon pihak DBP dapat memberi cadangan alternative yg bersesuaian. Terima Kasih. Wassalam.Cadangan kami ialah " Pusat Kecantikan dan Spa".Tatabahasa18.06.2013
adakah perkataan ini sesuai dan boleh diletakkan pada papantanda pengiklanan?Perkataan SPA betul dan sebagai keterangan iklan perkataan SPA perlu diletakkan di bahagian atas. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain14.12.2012
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
123

Kembali ke atas