Salam sejahtera, Perkembangan teknologi telah mewujudkan perkataan-perkataan yang masih belum ada padanannya dalam BM. Saya ingin bertanyakan istilah BM untuk perkataan seperti Youtuber, Vlogger, instagrammer, influencer, gamer, spam/spammer, stalker (cth org yg ‘stalk’ anda melalui laman media sosial), dll. Diharap prpm dapat membantu. | Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: influencer: pempengaruh gamer: pemain stalker: pengintai maya spam/spammer: spam/penghantar spam Perkataan "Youtuber", "Vlogger" dan "Instagrammer" pula digunakan dalam konteks tidak rasmi. Oleh itu, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai pengguna Youtube, pengguna Vlog dan pengguna Instagram. | Istilah | 16.02.2020 |
Assalamualaikum, Adakah perkataan "spam" boleh digunakan sebagai perkataan bahasa melayu? Terima kasih. | Perkataan/istilah spam telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan dikekalkan ejaannya. | Istilah | 12.04.2012 |
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi 'spambot' (automated computer program designed to assist in the sending of spam)? Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "spambot" belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "spam" yang padanan bahasa Melayunya ialah spam juga. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah spambot. | Istilah | 18.03.2013 |