Apakah perkataan yang sesuai untuk "biodiverse"? Contoh ayat: This biodiverse haven hosts over 59 species of migratory birds, 200 bird species, 24 freshwater fish species, and diverse aquatic wildlife and flora. | Cadangan padanan bagi istilah biodiverse dalam bahasa Melayu ialah pelbagai biologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.03.2024 |
Tuan, Kementerian menerbitkan buku dwi-bahasa mengenai burung di Malaysia dengan tajuk Flying Wonders of Malaysia. Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkara berikut: 1. Flying wonders of Malaysia 2. Naturally occuring bird species 3. Vagrant bird species Terima kasih Naim 0173177207 | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan bahasa Melayu dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2016 |
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah invasive species. Entri mengenai istilah invasive sendiri dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan terhad kepada makna invasive sebagai kata-kata kesat. Terima kasih. | Dalam ungkapan umum invasive diterjemahkan kepada kata-kata kesat, dan dalam bidang perubatan dan farmasi, invasive diterjemahkan dan disesuaikan ejaan menjadi invasif. Jika penggunaan yang berkaitan dengan konteks perubatan dan farmasi, invasive species boleh diterjemahkan kepada spesies invasif boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=invasive. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2016 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "keystone"? Contoh penggunaan ayat: "The country is a leader in marine protection and has zero loss of keystone species." | 1. Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud keystone ialah 1. baji batu; 2. (fig.) asas, teras. Jika lihat kepada contoh ayat yang diberikan, terjemahan yang sesuai bagi keystone species ialah spesies asas.
| Makna | 02.10.2017 |
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya). 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya): 2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu. 3. Invasive Species - Spesies Invasif 4. Asessment - Penilaian/Taksiran | Istilah | 19.04.2016 |
Apakah terjemahan yg sesuai utk istilah "describe" dlm konteks taksonomi? Hurai?, described species/genus = spesies/genus terhurai, describing a new spesies = menghuraikan spesies baru, description = huraian? | Cadangan padanan bagi istilah describe, described, describing, dan description dalam bahasa Melayu ialah perihalkan, diperihalkan, memerihalkan, dan perihalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.05.2025 |
Salam pihak DBP, Bolehkah brumation (A lethargic state in reptiles and in some other animal species [e.g. bears], somewhat analogous to hibernation but not the same.) diterjemahkan kepada brumasi? Ini merujuk kepada contoh-contoh lain seperti hibernation, configuration dan sebagainya. Sekiranya perkataan English berakhir dengan -tion belum direkodkan, bolehkah diterjemahkan terus dengan akhiran -si atau perlu dikekalkan dan diitalikkan terlebih dahulu sehingga ia direkodkan? | Boleh menggunakan padanan bahasa Melayu brumasi.Perkataan English yang berakhir dengan imbuhan -tion dan belum digubal perlu dibincangkan terlebih dahulu dan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengutamakan bentuk bahasa Melayu berdasarkan Pedoman Pembentukan Istilah terlebih dahulu sebelum memilih kaedah penyerapan kata daripada bahasa Inggeris. | Istilah | 08.09.2022 |
1.Bagi monolog, tanda petik manakah yang tepat digunakan? Tanda petik seperti dialog ataupun tanda petik tunggal? 2. Bagi kiasan (double meaning), adakah perlu menggunakan tanda petik tunggal. Terangkan secara terperinci penggunaan tanda petik tunggal. 3. Bagi species haiwan, tumbuhan, dan sebagainya, perlukah kita menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contoh: Memerang Licin. | Bagi monolog dan kiasan tanda petik tunggal (' ') digunakan. Haiwan dan tumbuhan ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil seperti harimau, memerang licin dan pokok renek. | Ejaan | 17.08.2011 |
Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah "tepui" dalam ayat berikut: An elite climbing team attempts a climb up a sheer cliff to deliver a renowned scientist to the top of a tepui to search for undiscovered species. | Cadangan terjemahan bagi tepui mengikut konteks ayat yang diberikan ialah ialah "dataran puncak gunung" | Makna | 15.03.2022 |
saya memerlukan khidmat menterjemah rencana ini dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Most people know that the theory of evolution did not appear amongst us like a bolt from blue with the publication of Charles Darwin’s The Origin Of Species in 1859. But not many people are aware that the idea has been around in various forms for at least two and a half thousands years. Like us, the ancient Greeks failed to agree about the origins of life. Their cosmologies were profoundly different from our own. There were no heresy laws or inquisitions to fear or a dominant creation story to side-step. Ancient Greek cosmologies were wildly variant : some believed that life had been shaped by gods ; others that had come into being through atoms colliding chaotically. Empedocles – poet, healer, magician and controller of storms as well as a philosopher – produced a surreal foreshadowing of natural selection two and a half thousand years ago on the island that we now call Sicily. He proposed that life had started out as random body parts – eyes, necks, arms, teeth – suspended in primeval soup. Collisions had produced random combinations – men with the heads of cattle ; animals with brances for limbs. Some of these combinations had proved viable, others not. | DBP hanya memyediakan kdimat penyemakan penterjemahan. Puan boleh menghantar rencana berkenaan dalam bahasa Melayu dan kami akan membantu menyemak terjemahan puan. | Lain-lain | 30.01.2014 |