Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n see SPELL. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. way that words are spelt, ejaan: the book is written in the old ~, buku itu ditulis dlm ejaan lama; a ~ mistake, kesalahan ejaan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. ability to spell, kebolehan mengeja: the boy’s ~ has improved, kebolehan mengeja budak itu bertambah baik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. accepted order of the letters in a word, ejaan: in some cases the American ~ differs from the English, dlm sesetengah hal, ejaan Amerika berbeza drpd ejaan Inggeris; this is a variant ~ of the word, ini ejaan varian bagi perkataan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spelling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi "obsolete spelling"?Dalam data rujukan kami terdapat perkataan "archaic spelling" yang bermaksud ejaan kuno. Walau bagaimanapun, tidak ada perkataan "obsolete spelling" dalam data rujukan kami. Perkataan obsolete membawa maksud kuno, lapuk dan using. Archaic dan obsolete membawa maksud yang hampir sama.

Oleh yang demikian, pihak kami mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan obsolete spelling tersebut ialah ejaan kuno.


Istilah18.05.2017
Request correct spelling - is it "nenas" or "nanas"?Ejaan yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan19.02.2014
Kindly check the necessary spelling, Thank you

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain09.10.2017
apa perbezaan perkataan memperundangkan dan diperundangkan. dalam cheking spelling dalam dewan eja pro tidak ada perkataan diperundangkan. tetapi perkataan ( diperun dang) ada. kenapa diperun (jarak) dang. Dieja dengan dua perkataan. terima kasih.

Tuan Rusli,

Menurut Kamus Dewan dan Dewan Eja Pro  kata "memperundangkan" iaitu menjadikan sesuatu undang-undang: Manakala kata "diperundangkan"  merupakan kata  yang dipasifkan dengan penambahan imbuhan diper-...-kan dalam ayat pasif. Contoh ayat: segala hukum yang diperundangkan oleh Allah terhadap hambanya.(Mohon rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Dewan Eja Pro dengan mencari kata dasar" undang", tuan akan menemukan subentri perkataan memperundangkan dan diperundangkan ). 

Tatabahasa02.05.2009
apa perbezaan perkataan memperundangkan dan diperundangkan. dalam cheking spelling dalam dewan eja pro tidak ada perkataan diperundangkan. tetapi perkataan ( diperun dang) ada. kenapa diperun (jarak) dang. Dieja dengan dua perkataan. Adakah ayat ini betul: perlu letak diperundangkan atau memperundangkan. Enakmen pinjaman Negeri Pulau Pinang projek bangunan arkib dan pusat makanan laut di Batu Kawan 2009, maka dengan ini adalah diperundangkan oleh kuasa undangan Negeri Pulau Pinang. terima kasih.

Tuan Rusli,

Menurut Kamus Dewan dan Dewan Eja Pro  kata "memperundangkan" iaitu menjadikan sesuatu undang-undang: Manakala kata "diperundangkan"  merupakan kata  yang dipasifkan dengan penambahan imbuhan diper-...-kan dalam ayat pasif. Contoh ayat: segala hukum yang diperundangkan oleh Allah terhadap hambanya.(Mohon rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). 

Bersama-sama ini disertakan ayat tuan yang telah diedit oleh pihak kami:

Maka dengan ini, Enakmen Pinjaman Negeri Pulau Pinang yang diperundangkan oleh kuasa undangan Negeri Pulau Pinang terhadap projek bangunan arkib dan pusat makanan laut di Batu Kawan 2009.

Walau bagaimanapun, ayat ini bergantung pada konteks keseluruhan dokumen yang ada pada pihak tuan.

Tatabahasa02.05.2009
Hi, I wish to apply CNY banner lesen from MPSJ, please help to check spelling on this visual. Is there any charges? Thank you. Cathy Poo

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain10.01.2018
Pada masa ini PERKESO membeli 100 lesen Kamus elektronik DEWAN EJA. Apakah kamus ini milik bersama DBP?. Sekiranya TIDAK apa kamus elektronik yang dijual oleh DBP dan bagaimana untuk membelinya sebab PERKESO sangat memerlukannya sebagai rujukan bersama dalam perisian Microsoft Words 2007 sebagai spelling checker bila menaip dalam Bahasa Malaysia.DEWAN EJA merupakan kamus elektronik DBP.Lain-lain10.08.2010
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu.

Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam  NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia.  

Lain-lain19.07.2022

Kembali ke atas