Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.si.fi.ka.si] | سڤيسيفيکاسي

Definisi : (spésifikasi) butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) utk sesuatu, perincian (tentang sesuatu): juga terdapat keadaan apabila pelanggan-pelanggan memohon warna model dan ~ yg sukar dibekalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.si.fi.ka.si] | سڤيسيفيکاسي

Definisi : /spésifikasi/ butiran terpe­­r­inci yg ditentukan atau dinyatakan utk sesuatu; perincian ttg sesuatu: Semua sambungan tambahan mestilah dibuat dgn betul mengikut peraturan dan ~ yg ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spesifikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud spesifikasi?Spesifikasi ialah butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu; perincian (tentang sesuatu)Makna06.05.2008
maksud spesifikasi teknologi penternakan kambing

Saudara,

Untuk maklumat tentang perkara berikut, sila layari laman sesawang Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, www.moa.gov.my.

  

Lain-lain07.11.2010
Saya ingin bertanya tentang spesifikasi untuk kelulusan papan tanda yang telah kami sediakan. Papan tanda ini mengandungi perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain04.11.2017
(1) Rasional berhubung penggunaan "peroleh" tanpa "i" manakala "didapati" boleh menggunakan "i". (2) Perbezaan antara "skop" dan "spesifikasi". adakah perbezaan antara keduanya. (3) Istilah "berkuat kuasa"..kenapa perlu dua perkataan. adakah perkataan "berkuat" itu boleh tersendiri.. Segala perhatian amat dihargai. TK1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217) 2. Perkataan skop dan spesifikasi ialah dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. Skop bererti bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup. Spesifikasi bererti butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) untuk sesuatu, perincian (tentang sesuatu). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.3. Kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Ada beberapa kata majmuk yang telah mantap dieja bercantum. Contohnya:tandatangan, tanggungjawab.  Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja bercantum. Contohnya: Kuat kuasa, berkuat kuasa, dikuatkuasakan.  Tatabahasa01.06.2011
Dimana boleh saya dapat garis panduan untuk buat rujukan bila membuat iklan papan tanda. Spesifikasi kegunaan tulisan bahasa dan tulisan Inggeris dalam papan tanda iklan? Seperti size tulisan, gambar yang boleh digunakan etc.Garis panduan atau Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan, DBKL. Untuk makluman awal dalam mana-mana undang-undang kecil iklan mensyaratkan iklan mestilah dalam bbahasa kebangsaan dan jika ada bahasa-bahasa lain, bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan.Lain-lain20.09.2013
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 30th, 1:16pm Assalamualaikum Puan Faridah, untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih Maharatu Rafidah Mohamad Sep 30th, 4:21pm Waalaikummussalam. Terima kasih dengan jawapan. Oleh itu, berapakah lagi yang perlu diusahakan utk mencapai sasaran yang dikehendakkan?Untuk makluman, jumlah minimum untuk sebuah manuskrip ipuisi alah 100 buah puisi, dan untuk sebuah manuskrip kumpulan/antologi cerpen pula ialah 20 buah cerpen ataupun 300-500 halaman. Semoga jawapan ini dapat membantu puan.Lain-lain30.09.2014
Mohon pencerahan, antara "cenderamata" / "cenderahati" / dan "cenderakenangan" yang mana betul penggunaannya darisegi bahasa?Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. Tidak ada data berkaitan  kata cenderakenangan.Makna20.09.2018
SALAM. saya ingin bertanya berkenaan frasa ini. 'Gaya hidup manusia membawa kepada perbezaan sikap dan sesebuah entiti masyarakat, satu analisa perbandingan novel Mencari Locus Standi dan Lantera Mustika karya Nisah Haron'. Soalan saya, adakah penggunaan perkataan entiti itu mengikut spesifikasi yang betul menurut DBP? jika tidak apakah frasa yang tepat untuk membetulkannya. terima kasih.Entiti bermaksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri. Frasa entiti boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi tidak perlu didahului penjodoh bilangan.Tatabahasa15.01.2013
1. Perbezaan di antara cenderahati dengan cenderamata?

Kedua-dua entri ‘cenderamata’ dan ‘cenderahati’ terakam dalam Kamus Dewan. Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas.

 

Istilah07.10.2014
Assalamualaikum... Pihak kami terlibat dalam siri bengkel untuk membuat soalan bagi dimuatnaik dalam bank soalan. Buat masa sekarang istilah yang digunakan bagi setiap peringkat ialah: Pembangunan soalan (mencipta soalan) --> Pemurnian soalan (memurnikan soalan yang dibangunkan) --> Pengesahan soalan (meluluskan soalan yang dimurnikan) --> Penjanaan soalan (menghasilkan set soalan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual penentu ujian) Ada pihak yang mencadangkan bagi pembangunan soalan, istilah yang sepatutnya digunakan ialah pembinaan soalan. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk menjelaskan sebenarnya untuk proses mencipta soalan apakah istilah yang paling sesuai digunakan. Adakah pembangunan soalan, pembinaan soalan, atau penggubalan soalan. Terima kasih atas maklum balas.Pembangunan sama maksudnya dengan pembinaan, iaitu hal membuat sesuatu. Penggubalan pula bermaksud hal membuat atau menyusun undang-undang dan sebagainya (termasuklah soalan). Berdasarkan makna yang terdapat dalam kamus, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan, namun dalam data korpus kata penggubalan lebih kerap digunakan jika dibandingkan dengan pembinaan dan pembangunan soalan/kurikulum.Tatabahasa24.03.2015
12

Kembali ke atas