bagaimana kedudukan logo pada spine buku, menegak atau sama dengan kedudukan teks di spine buku | Kedudukan logo pada tulang buku (spine) ialah menegak. | Lain-lain | 31.03.2015 |
Adakah tepat jika 'Central Spine Road' diterjemahkan sebagai Jalan Lingkaran Tengah? | Untuk makluman tuan, belum ada padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk Central Spine Road. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah. Jalan Llingkaran Tengah ialah cadangan padanan bahasa Melayu untuk Middle Ring Road. | Istilah | 11.02.2014 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Central Spine Road / Expressway"? Adakah "Jalan / Lebuh Raya Tulang Belakang Tengah"? | Padanan bahasa Melayu bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah dan Expressway ialah Lebuh Raya. | Makna | 25.10.2010 |
pihak Kementerian kami mohon menukar perkataan Central Forest Spine (CFS) ke bahasa melayu bagi laporan kajian kami | Sekiranya bersesuaian dengan konsep tuan, kami mencadangkan perkataan Central Forest Spine diterjemahkan kepada "Hutan Tengah Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2022 |
Pihak kementerian mohon menukar penggunaan CENTRAL FOREST SPINE (CFS) ke bahasa melayu. kami mohon pihak DBP untuk memberi cadangan yg sesuai bagi penggunaan bahasa di dlm laporan kajian kami. | Sekiranya bersesuaian dengan konsep tuan, kami mencadangkan perkataan Central Forest Spine diterjemahkan kepada "Hutan Tengah Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2022 |
RALAT : pihak kementerian mohon mengenalpasti penggunaan CENTRAL FOREST SPINE (CFS) di dalam bahasa melayu. kami mohon pihak DBP untuk memberi cadangan yg sesuai bagi penggunaan bahasa di dlm laporan kajian kami ini. | Sekiranya bersesuaian dengan konsep tuan, kami mencadangkan perkataan Central Forest Spine diterjemahkan kepada "Hutan Tengah Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2022 |
Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Ini adalah berkaitan dengan cara sesebuah buku itu dijilidkan. Terima kasih. | Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Betul iaitu 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' bermaksud blok buku dijilid secara perfect sama ada di jahit benang terlebih dahulu atau terus secara jilidan sempurna atau perfect binding. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2010 |
spinach - spinal adj of, rel to the spine, spina: a ~ disease, penyakit spina; a ~ malformation, pencanggaan spina. Pentakrifan bagi perkataan "spinach" adalah salah. | Terima kasih atas keprihatinan puan dalam perkara ini, pihak kami akan membetulkan kesilapan data lama yang masih terdapat dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 28.11.2019 |
Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda, apakah usaha atau langkah yang telah dan akan diambil oleh DBP penggunaan nama "Central Spine Road", iaitu merujuk kepada sebatang lebuh raya tanpa tol yang sedang dibina dari Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan? Ucapan pembentangan belanjawan negara juga menyebut nama dalam bahasa Inggeris. Jadi, bolehkah DBP memberi syor kepada Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya supaya digunakan istilah/nama lebuh raya ini dalam bahasa Melayu? | Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman tuan, DBP akan melaksanakan kerja pemantauan tentang aduan ini dan membuat teguran kepada pihak yang berkenaan. Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Terima kasih. | Lain-lain | 12.11.2020 |
Adakah terjemahan di bawah sejadi dan difahami? Sasaran pembaca: orang awam. Cadangan penambahbaikan amat dihargai. Teks sumber: If the patient has fallen from greater than their own height, suffered a sudden deceleration, significant trauma above the shoulders, or other concerning mechanism of injury (MOI), instruct them not to move, or get a bystander or assistant to provide manual in-line stabilisation (MILS) of their C-Spine. Teks sasaran: Jika pesakit telah jatuh dari ketinggian yang lebih tinggi dari diri sendiri, mengalami hentaman mengejut, trauma yang kuat di bahagian atas bahu, atau mekanisme-mekanisme kecederaan yang lain, pastikan mereka tidak bergerak, ataupun dapatkan pembantu atau seseorang yang berada di tempat kejadian untuk membantu menstabilkan kepala agar leher (C-spine) dapat kekal lurus. | Puan perlu menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bagi tujuan ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2023 |