| SPLIT PERSONALITY | (i) PERSONALITI BAHAGI DUA (ii) PERSONALITI BERBELAH BAGI (iii) PERSONALITI BERPECAH | Istilah | 07.04.2011 |
| 1) Apakah terjemahan yang sesuai bagi ayat “Students split up to search for Siti”? Bolehkah ayat “Murid-murid berpisah untuk mencari Siti” diterima? 2) Apakah terjemahan yang sesuai bagi ayat “He was separated from his friends”? Bolehkah ayat “Dia terpisah daripada rakan-rakannya” boleh diterima? 3) Adakah ayat berikut tepat? “Setelah lama mencari, mereka tidak dapat menjumpai Siti.” | Berikut ialah ayat yang lebih tepat dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan: 1. “Murid-murid berpecah untuk mencari Siti”. 2. Ayat kedua boleh diterima. 3. Ayat ketiga boleh diterima. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami juga mencadangkan ayat yang berikut “Setelah lama mencari, mereka masih belum menjumpai Siti”. | Tatabahasa | 03.05.2021 |
| Salam, dalam sukan olahraga terdapat beberapa istilah Inggeris yang tiada padanan dalam bahasa Melayu. Berikut adalah beberapa istilah yang saya maksudkan: 1) Dip finish, 2) Split time, 3) Speedwork, 4) Staggered start, 5) World Indoor Championship. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah yang telah saya senaraikan adalah berkenaan dengan bidang sukan terutamanya olahraga. Saya harap tuan dapat membantu saya mendapatkan padanan yang sesuai bagi istilah-istilah tersebut. Terima kasih atas bantuan pihak tuan. | Untuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data DBP. Sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai atau untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa. Cadangan terjemahan untuk "World Indoor Championship" ialah Kejohanan Olahraga Dalaman Sedunia. | Istilah | 09.10.2012 |
| Saya ingin mencari istilah untuk alat yang dipanggil "floor splitter plate". Alat ini digunakan untuk mengurangkan pusaran di dalam aliran pengambilan pam. Tanpa pemasangan alat ini, aliran pam akan menjadi berpusar. Saya cuba menterjemahkannya kepada "plat pemisah aliran lantai" berdasarkan terjemahan DBP untuk split = pisah, plate = plat dan floor = lantai. Saya tambahkan perkataan aliran bagi menunjukkan alat tersebut digunakan untuk memisahkan aliran air dan bukan lantai walaupun terma asal tiada perkataan flow = aliran. Apakah pandangan DBP berkenaan istilah ini? Adakah boleh diterjemahkan atau perlu digunakan terma asal di dalam Bahasa Inggeris? Saya sertakan gambarajah yang menunjukkan alat tersebut untuk membantu pemahaman. Terima kasih. | Istilah bahasa Inggeris floor splitter plate boleh diberikan padanan plat pemisah aliran lantai dalam bahasa Melayu. Kami bersetuju tanpa ‘aliran’ makna istilah ini tidak akan mengelirukan kerana ‘pemisah lantai’ berbeza dengan ‘pemisah aliran lantai.' | Ejaan | 25.02.2019 |