Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spot] | سڤورت

Definisi : bp sukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sport


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan. Mengenai istilah "supercar" dan "superbike", apa yang saya ketahui mengenai "superbike" ialah motosikal sport yang pantas dengan saiz enjin antara 800 cc hingga 1100 cc manakala "supercar" pula ialah kereta sport dengan saiz enjin yang sangat besar serta sangat mahal kerana dibuat dengan tangan serta dikeluarkan dengan jumlah yang sangat terhad. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mencari istilah Bahasa Melayu yang paling tepat bagi kedua-duanya. Terima kasih.

Sdr. Mohd Hezeri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Pada kebiasaannya kita hanya menggunakan motosikal berkuasa besar. Kereta juga boleh digunakan sebagai kereta berkuasa tinggi atau besar. Terima kasih

 

Ejaan30.06.2009
Adakah terjemahan ini betul? "bodyboard" (sport equiptment) - papan luncur badanUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bodyboard" dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, puan boleh menggunakan istilah papan luncur badan yang dicadangkan.Istilah15.03.2016
Salam, Apakah padanan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi perkataan Inggeris berikut: - Sports Saloon Untuk pengetahuan tuan, perkataan tersebut merujuk kepada kereta salun jenis sport. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Sports Saloon". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terdapat perkataan "saloon car" yang padanan bahasa Melayunya ialah kereta salun. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "Sports Saloon" ialah Kereta Salun Sport.Istilah05.04.2013
Asslamualaikum, Boleh tak pihak DBP beri cadangan perkataan untuk kenderaan 'crossover'? Setakat ini, saya masih tidak jumpa artikel atau akhbar yang menggunakan istilah, semuanya hanya meminjam semula perkataan 'crossover'. Minta perhatian dan rujukan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Kami mencadangkan penggunaan istilah kenderaan utiliti lintas (Crossover Utility Vehicle – CUV) sama seperti penggunaan istilah kenderaan utiliti sukan (Sport Utility Vehicle - SUV)

Istilah18.02.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih.

Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut.

Istilah05.05.2020

Kembali ke atas