Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spread


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'spread over period'?Istilah dalam bahasa Melayu untuk 'spread over period' ialah 'tempoh liputan'.Istilah20.01.2021
Salam sejahtera. Boleh Tuan/Puan sarankan istilah bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk 'hazel nut spread'? Saya sedang cuba membantu anak teman saya menterjemahkan istilah tersebut tetapi tidak dapat mencari istilah yang sesuai di Carian Kata. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "hazel nut spread" ialah sapuan kacang hazel.Istilah01.02.2016
While blinking, our eyelids spread tears evenly on our eyes in order to moisten the eyeballs. Terjemahan: Apabila kelopak mata berkelip, air mata akan merebak keseluruh mata untuk melembapkan bola mata. Adakah perkataan "merebak" sesuai digunakan untuk terjemahan tersebut?Jika dirujuk kepada ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut ialah "merembes" yang bermaksud meresap masuk atau keluar (berkenaan benda cair).Makna27.09.2018
Tarbus is making a huge comeback for 2019! So prepare your tastebuds to an explosive spice filled treat of buffet spread with a mix of mouthwatering local favourites & International cuisines to cater to all during May till June 2019! Book early to avoid disappointments. See you there!!!Sila nyatakan soalan dengan jelas untuk kami bantu.Lain-lain15.05.2019
Apakah terjemahan sesuai bagi superspreading event dan superspreader. A super spreading event is an event in which an infectious disease is spread much more than usual, while an unusually contagious organism infected with a disease is known as a super spreader. Penerangan di atas bagi definisi superspreader.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

superspreader - perebak utama
superpreading event - acara perebakan utama

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain06.06.2021
assalamualaikum/salam sejahtera. Saya ada kemusykilan berkaitan istilah "teacherpreneur" dalam bahasa Malaysia. "teacherpreneur" dirujuk sebagai: "teacher leader of proven accomplishment possessing a deep knowledge of how to teach, a clear understanding of what strategies must be in play to keep schools highly successful, and the skills and commitment necessary to spread their expertise to others".Untuk makluman, istilah "teacherpreneur" belum ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah06.07.2013
Syarikat kami menghasilkan mentega dan lepa susu. Pegawai daripada pejabat kesihatan memberitahu kami bahawa perkatan 'lepa susu' tidak sesuai digunakan dalam label sebab sumber bahan mentah bukannya semua daripada haiwan. Kami ingin tahu apa lagi perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan istilah 'lepa susu istimewa' yang dapat menterjemahkan perkataan ' luxury spread'. Harap pihak tuan dapat menolong kami untuk mendapat jawapan. Sekian, terima kasih.Cadangan kami ialah sapuan istimewa.Istilah12.09.2008
Apakah maksud yang berpadanan dengan istilah bahasa Inggeris "meme". Berikut sedikit huraian maksudnya dalam bahasa Inggeris. -an element of a culture or system of behaviour passed from one individual to another by imitation or other non-genetic means. -an image, video, piece of text, etc., typically humorous in nature, that is copied and spread rapidly by Internet users, often with slight variations.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk meme dalam pangkalan data kami. Mohon tuan/puan berikan penggunaan meme dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanannya yang sesuai dalam  bahasa Melayu.Istilah05.03.2018
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih

Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries.

Istilah18.03.2022
Apakah padanan Bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan perkataan "meme" dalam contoh ayat yang berikut: A suburban teen girl and her little brother must stop a terrifying internet meme brought to life by the hysteria of their parents. Melalui carian dalam talian, "meme" boleh ditakrifkan seperti di bawah: meme /miːm/ noun noun: meme; plural noun: memes 1. an element of a culture or system of behaviour passed from one individual to another by imitation or other non-genetic means. 2. an image, video, piece of text, etc., typically humorous in nature, that is copied and spread rapidly by internet users, often with slight variations. Semoga contoh-contoh yang diberikan boleh memberikan konteks maksud dan penggunaan yang membolehkan pihak Tuan/Puan dalam memberikan istilah yang sesuai untuk digantikan dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah meme ialah meme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.09.2022

Kembali ke atas