Assalamualaikum tuan/ puan, Setahu saya gelaran Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas. Bagaimanapun saya keliru untuk menggunakan pada dialog. Sama ada pangkala awalan itu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri," kata Dian. Tan Sri atau tan sri? Sebab tiada nama selepas perkataan tan sri itu Harap pihak tuan/ puan dpt membantu kekeliruan ini. Terima kasih. | Nama gelar Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin adalah merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar. Contoh penulisan nama gelar Tan Sri dalam ayat ini betul, "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri", kata Dian. | Ejaan | 21.08.2017 |
SOALAN MENGENAI PENGGUNAAN BENTUK JAMAK - PENGULANGAN SEMUA KATA DALAM FRASA NAMA - YANG SAYA PERHATIKAN KERAP DISEBUT DALAM MAJLIS. ADAKAH BERIKUT BETUL? (1) TAN SRI-TAN SRI? (2) PUAN SRI-PUAN SRI? (3) DATO' SERI-DATO' SERI? DAN SEBAGAINYA. | Pengulangan semua perkataan dalam gelaran seperti contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Apakah format yang betul semasa menulis gelaran dan anugerah terhormat dalam surat rasmi? Contoh: YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FASc | YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, cara penulisan yang sedemikian adalah betul. | Lain-lain | 30.01.2014 |
Salam, Adakah penggunaan perkataan seperti datuk, datin, tan sri ataupun puan sri di dalam sesuatu dialog itu dikira sebagaikata nama khas? Cthnya: "Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri." adakah perkataan tan sri pada dialog di atas merujuk kepada kata nama khas atau kata nama am sepertimana nama panggilan mak long, pak su dsb | Gelaran seperti Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar. Contoh penulisan nama gelar Tan Sri dalam ayat ini ialah ""Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri", kata Dian. | Lain-lain | 24.11.2021 |
Contoh: YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini mendapat anugerah Datuk Seri Utama. Jadi bagaimana cara memberi penghormatan kepada beliau sekarang? YBhg Tan Sri, atau YABhg Tan Sri, atau YBhg Datuk Seri Utama Tan Sri, dah, tak tau lagi?? Tolong bantu, T.Kasih. Hassan | Lazimnya kita menggunakan gelaran yang tertinggi, dalam hal ini ialah YBhg Tan Sri. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk pejabat Ketua Setiausaha Negara kerana kita perlu mengambil kira kesukaan penerimanya sendiri sama ada hendak menggunakan gelaran YBhg Tan Sri atau gelaran YBhg Tan Sri Utama. | Lain-lain | 03.02.2011 |
Salam tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kata panggilan hormat'? Adakah ianya merujuk 'datuk, datin, encik, puan, tan sri, puan sri, tun, tuan'?atau Yang Berusaha, Yang Arif, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan sebagainya? Terima kasih. | Kata panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatan. Maksudnya orang yang mememiliki gelar tertentu, misalnya Datuk perlu dirujuk atau disapa dengan panggilan hormat tertentu, iaitu Yang Berbahagia. Tetapi sekiranya orang yang bergelar Datuk itu merupakan ADUN atau Senator, maka panggilan hormat yang digunakan untuk menyapa beliau ialah “Yang Berhormat’. Sila rujuk Santun Berbahasa, terbitan DBP. | Tatabahasa | 08.12.2014 |
Sri Shan Balaraman ISN 11.07 PAGI Selamat pg... saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan sesetengah... adakah 'sesetengah' digunakan utk merujuk kpd manusia shj atau blh digunakan utk merujuk haiwan, tumb dan perkara. Terima kasih. | Selamat Pagi. Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan “sesetengah” membawa maksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya dan setengah-setengah. Sesetengah juga boleh digunakan selain daripada manusia contohnya seperti ayat berikut. i. sesetengah jenis lebah dan sesetengah penyengat. ii. sesetengah tasik terletak berdekatan iii. sesetengah tumbuhan hijau iv. sesetengah ikan paus sperma v. sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau Ini bermakna perkataan sesetengah boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat, tidak kiralah sama ada manusia, binatang tumbuhan atau benda-benda lain. | Tatabahasa | 29.05.2017 |
Sri Shan Balaraman 8.49 PAGI Smlt pg... mohon pencerahan ttg peribahasa... bagai kera mendapat bunga/seperti kera mendapat bunga... yg mana satu betul penggunaannya? Tq | Untuk makluman tuan, dalam data rujukan kami peribahasa yang betul ialah bagai kera mendapat bunga. | Tatabahasa | 23.05.2017 |
Sri Shan Balaraman WED 10:46PM Salam... saya nak kepastian tentang peribahasa... yang mana satu betul penggunaannya...Bagai murai tercabut ekor atau Bagai murai dicabut ekor? Tq | Salam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Jawapan persoalan tuan/puan ialah "Bagai murai dicabut ekor". | Lain-lain | 31.08.2016 |
Sri/Seri | Seri | Istilah | 30.05.2011 |