Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Sijil Rendah Pelajaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata srp


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyemak sama ada terjemahan Bahasa Melayu berikut adalah betul. Petikan Bahasa Inggeris: "With Cagamas SRP Berhad's guarantee, does it mean customer(s) under the Scheme is only liable to the bank for 90% financing only? No, the customer(s) is liable to the bank for the full financing amount. The full financing amount could be up to 110% (for property purchase priced at RM300,000 and below) or up to 100% (for property purchase priced >RM300,000 to RM500,000). The guarantee only indemnifies the bank for any loss incurred as a result of financing above 90% level." Petikan Bahasa Melayu: "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna kewajipan pembayaran pelanggan di bawah Skim ini dihadkan kepada 90% nilai pembiayaan sahaja? Tidak, tanggungjawab pelanggan kepada bank adalah atas nilai pembiayaan penuh. Nilai pembiayaan penuh tersebut adalah sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga >RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat daripada pembiayaan yang melebihi aras 90%."

Padanan yang sesuai ialah, "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah kewajipan pembayaran pelanggan di bawah skim ini dihadkan kepada 90% daripada nilai pembiayaan sahaja? Tidak, pelanggan layak mendapat nilai pembiayaan penuh daripada bank sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga lebih daripada RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian untuk pembiayaan yang melebihi 90%."

Lain-lain19.09.2019
macam mana hendak menghantar borang permohonan untuk pk11.saya kurang faham

Assalamualaikum,


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil bagi kelayakan yang disyaratkan melalui pos kepada
KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR. (u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA).

Lain-lain15.03.2020
Selamat petang, saya ingin bertanya. Dimanakah saya harus menghantar borang pemohonan kerja selepas mengisi borang tersebut?Selamat pagi.

Puan hendaklah menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama-sama salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil bagi kelayakan yang disyaratkan kepada:  
 
KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR.
 (u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA).
Lain-lain11.03.2020

Kembali ke atas