Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih. | Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu. | Istilah | 01.02.2012 |
Selamat sejahtera, Adakah "salinan selindung" boleh disingkatkan kepada "SS" atau "SKS" (dijumpai di website Microsoft)? Jika sekiranya tidak, sila nyatakan sekiranya "Bcc" boleh digunakan atau jika pihak DBP mempunyai sebarang cadangan yang lain. Terima kasih. | Salinan selindung ialah terjemahan blind carbon copy dan dalam bentuk singkatan ditulis bcc. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=carbon+copy untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 20.05.2015 |
Dalam surat rasmi kepada Mufti/Timbalan Mufti, apakah gelaran dan kata sapaan yang sesuai digunakan? Sahibul Fadilah/Sahibus Samahah? YBhg. SF/SS? YBhg. Tuan? | Panggilan hormat bagi mufti ialah Sahibus Samahah, manakala gelaran Sahibul Fadilah ialah panggilan hormat bagi kadi besar atau orang yang dihormati yang mempunyai kelebihan ilmu agama Islam. Kata sapaan bagi mufti dan timbalan mufti bergantung pada peranan mufti atau timbalan mufti itu dalam sesuatu majlis atau organisasi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1928. | Tatabahasa | 15.07.2025 |
Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih. | Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut: 1) Novel: Rentak Galur Nama penulis: Sarimah Othman Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang). No. E-mel: im-othman@yahoo.com 2) Novel: Epilog Sekeping Hati Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 012-2507498 No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com | Lain-lain | 28.05.2008 |