boleh guna " seluas dengan stadium" ataupun "sama luas dengan stadium" atau " seluas stadium"? mana betul? | Yang betul ialah seluas stadium atau sama luas dengan stadium. | Tatabahasa | 21.09.2009 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam BM. Bahasa Inggeris: Indoor Cricket Stadium Terjemahan ke BM menurut pendapat rakan-rakan: 1) Stadium Kriket Tertutup 2) Stadium Kriket Dalam Dewan Pada pendapat saya, pilihan pertama adalah betul, tetapi saya kurang pasti. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Terjemahan yang tepat ialah Stadium Kriket Tertutuo. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2015 |
Stadium Malawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81 000 orang dalam suatu masa. MUNSYI< JAWABAN KESALAHAN PADA KEBANJIRAN, tetapi saya berpendapat kebanjiran adalah betul , Bolehkah munsyi berikan tunjuk ajar sama ada kebanjiran betul atau salah? TK | Antara maksud kebanjiran termasuklah dipenuhi oleh manusia dan penggunaan perkataan kebanjiran dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut. | 1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. 2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. 3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur. 4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal. 6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan. 7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. | Tatabahasa | 18.12.2008 |
Adakah kata bilangan ini betul? 1. Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium. | Ayat "Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium." adalah betul. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
salam sejahtera tuan, bolehkah penggunaan peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas huan' digunakan untuk ayat ini : 'Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkatr daerah diadakan'. | Peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan ‘bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa’. Penggunaan peribahasa dalam ayat ialah Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkat daerah diadakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. | Makna | 14.09.2014 |
bagi soalan : ____________ penonton membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak. Yang manakah jawapan paling tepat: A. ribuan B. beribu-ribu pihak dbp akan memberi keutamaan terhadap jawapan yang mana.Tolong selesaikan keraguan saya.agak mengelirukan.terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang lebih tepat ialah "ribuan" kerana jika "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton". | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP. | Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila kirimkan: (a) Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas. (b) Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD. (c) Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor. Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan. Selamat menulis dan semoga berjaya. | Lain-lain | 05.08.2011 |
Assalamualaiku Wbrt. Tuan Sukacita pihak tuan dapat menyatakan sama ada ayat d bawah betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Terima kasih. Daripada; Izani b. Hj. Daud | 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. Perkataan kebanjiran bermaksud dipenuhi oleh manusia tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 18.09.2012 |