Bagaimana pula terjemahan untuk 1. staff turnover 2. staff attrition | Kami mencadangkan "staff attrition" diterjemahkan sebagai "susutan pekerja". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 11.04.2022 |
'STAFF PURCHASE' Mohon bantuan, apakah maksud / kata yang tepat untuk perkataan di atas di dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Terjemahan staff purchase ialah pembelian oleh staf. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.11.2017 |
Tuan/Puan, Apa padanan "any member of the staff" dalam Bahasa Melayu bagi ayat konteks di bawah: "32. All members of the Board, the Vice-Chancellor, any member of the staff or agent of the Universiti, while discharging their duties or carrying out their functions or exercising their powers shall be deemed to be public servants within the meaning of the Penal Code [Act 574].". Sekian, terima kasih. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, perkataan any member of the staff boleh diterjemah kepada mana-mana anggota kakitangan itu... | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |
padanan istilah Melayu untuk istilah Inggeris 'staff surgeon' | Sdr. Nordin, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Istilah bagi staff surgeon ialah staf pakar bedah atau kakitangan pakar bedah. Terima kasih. | Istilah | 29.06.2009 |
Apakah terjemahan untuk "high value workforce" dan "staff engagement programme". | Tidak data mengenai dua istilah yang dikemukakan. Namun, DBP mencadangkan istilah “High Value Workforce” sebagai “Tenaga Kerja Bernilai Tinggi”. Bagi istilah “Staff Engagement Programme” boleh dicadangkan “Program Pengambilan Pekerja” atau “Program Pelibatan Staf”. Sukacita kami mencadangkan agar sekiranya konteks “engagement” yang dimaksudkan ialah program untuk melibatkan pekerja, namakan program tersebut dengan nama khas da menerapkan matlamat program dengan konteks makna – pelibatan pekerja. | Istilah | 20.02.2014 |
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon khidmat pandangan tuan, apakah maksud yang sesuai untuk perkataan "Staff Refreshment"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Salam hormat. | DBP mencadangkan perkataan “Staff Refreshment” sebagai “Jamuan Ringan Pekerja”. | Makna | 13.05.2019 |
Salam sejahtera, Boleh terangkan mengenai penggunaan "keluar masuk" dan "naik turun" yang betul bagi terjemahan "turnover"? Contoh ayat: Training was reduced due staff turnover. We got High turnover rate. Terima kasih. | Dalam ayat yang diberikan staff turnover membawa maksud pertukaran staf. Manakala, turnover rate membawa maksud kadar pusing ganti. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2015 |
Salam, Saya Budeeman Mana, staff Maybank Islamic. Ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP untuk ejaan 'Maybank Islamic' dalam tulisan Jawi. Terima kasih. | Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi), bank dieja بڠک , berdasarkan pedoman yang tersebut maka ejaan bagi Maybank dan Maybank Islamik ialah ميبڠک dan ٳسلاميک ميبڠک. Ejaan ini juga selari dengan contoh penggunaan ejaan Jawi bagi Maybank di Kelantan yang kami temukan melalui carian di Internet (Contoh dilampirkan). Mohon juga kerjasama tuan untuk menyemak penggunaan yang sebenarnya bagi negeri Kelantan. Jika ada sebarang perbincangan kami boleh dihubungi melalui talian 03-21479691/9692. | Ejaan | 26.02.2015 |
Abdullah Zawawi Wahab Jul 7th, 1:14pm salam..sy staff majlis perbandaran kota bharu..sy d tugaskan bahagian tulisan jawi..jd kalau bole sy nak th dgn siapa sy bole berhubung jika saya ada kemusykilan tulisan jawi..melayu kpd jawi ok...yg pening english kpd jawi | Tuan boleh menyemak tulisan Jawi melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my atau jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Nasihat Bahasa melalui talian 03-21479400/9500/9600. Tuan juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui domain Khidmat Nasihat DBP di laman web kami. | Lain-lain | 07.07.2015 |
Tuan/Puan, Apa padanan "store" dalam Bahasa Melayu bagi ayat konteks di bawah: "(8) For the purposes of paragraph (1)(d). "accounting officer" incliudes every staff of the Universiti charged with the duty ofn collecting, receiving, or accounting for, or who in fact collects, receives or accounts for, any money of the Universiti, or who is charged with the duty of disbursing, or who does in fact disburse, any such money, and every staff who is charged with the receipt, custody or disposal of, or the accounting for, any money, stamp, security, store or property of the Universiti or who in fact receives, holds or disposes of such money, stamp, security, store or property". Sekian, terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “store” ialah “menyimpan” bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. | Lain-lain | 07.10.2021 |