Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.mi.na] | ستامينا

Definisi : daya tahan (keupayaan utk) membolehkan seseorang itu bekerja kuat (berlari laju dsb): dia berlari setiap pagi utk menambah ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.mi.na] | ستامينا

Definisi : kekuatan atau tenaga yg memungkinkan seseorang bekerja kuat dsb utk tempoh yg lama. berstamina mempunyai stamina; dpt atau mampu bertahan lama dlm melakukan sesuatu; bertenaga: Dia kelihatan begitu ~ dlm lumba lari jarak jauh itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stamina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang: 1/ Binaan ayat dengan perkataan tercampak. Ayatnya berbunyi: Kakak tercampak pen itu kerana terkejut. Adakah ayat ini betul? 2/ Makna perkataan tinggi dalam ayat ini bolehkah diterima jika pelajar menggunakan perkataan kuat. Ayat: Stamina yang tinggi dengan stamina yang kuat, adakah membawa maksud yang sama? Terima kasih

Engku Nor Azura,

Untuk makluman puan, ayat no. 1 adalah betul. Manakala ayat no. 2, yang berkaitan dengan keupayaan  atau daya tahan seseorang. Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata yang betul dari segi tatabahasa ialah stamina yang kuat bukannya stamina yang tinggi. Hal ini demikian, kerana kata kuat menggambarkan kekuatan tenaga seseorang, manakala kata tinggi menggambarkan keadaan saiz seseorang sama ada tinggi atau rendah.

 

Tatabahasa21.05.2009
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
Apakah perkataan lain untuk olahragaOlahraga bermaksud latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll).Makna05.09.2007
1) apakah ciri2 perbahas yg baik? 2) apakah perbezaan antara debat dan bahas?Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Terima kasih.Makna15.10.2008
1) apakah syarat-syarat perbahasan? 2) apakah kemahiran yg perlu ada pada seorang pembahas? 3) maksud berhujah dan membidas? 4) ciri-ciri hujah yang baik.Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Mohon bercakap dengan Puan Maziena di talian 03 - 61964319.Terima kasih.Makna20.10.2008

Kembali ke atas