1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan “standard pembelajaran” dan "standard kandungan” persis? | Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut. | Makna | 21.04.2012 |
Yang mana lebih tepat dari segi tatabahasa. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau Kurikulum Sekolah Rendah Standard. | Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermaksud kurikulum yang standard bagi sekolah rendah; manakala Kurikulum Sekolah Rendah Standard bermaksud kurikulum sekolah rendah yang standard. Kami berpandangan Kurikulum Sekolah Rendah Standard lebih tepat kerana yang diperkatakan adalah tentang kurikulum sekolah rendah. | Tatabahasa | 05.12.2016 |
Perkataan 'standard' dalam bahasa malaysia bagi ayat berikut. -Penganjuran majlis hendaklah menepati peraturan dan protokol yang standard. | Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari standard">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=standard untuk makna standard. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Assalamualaikum w.b.t. Adakah perkataan "standard" boleh digunakan sebagai perkataan bahasa melayu? Terima kasih. | Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari standard" Search.aspx?k="standard</A"> untuk makna standard. | Tatabahasa | 11.12.2013 |
busines dalam BM | tidak standard- yang standard perniagaan | Makna | 04.05.2007 |
Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat “Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan.” Adakah ungkapan “piawai standard” diterima pakai oleh DBP? | Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian. | Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard. | Istilah | 02.11.2011 |
Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_ | Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami, konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 14.05.2014 |
Standard practice | Amalan piawai | Istilah | 13.02.2009 |
vandalisme/standard (ejaan) | vandalisme/standard | Lain-lain | 17.04.2007 |