standardisasi vs penstandardan. mohon jelaskan. | Kata "standardisasi" dan "penstandardan" mempunyai makna yang sama iaitu tindakan atau perbuatan menstandardkan sesuatu. Bezanya ialah kata "penstandardan" terbit mengikut pembentukan kata terbitan bahasa Melayu, manakala "standardisasi" daripada penyesuaian ejaan kata pinjaman standardization. | Makna | 05.03.2024 |
Boleh berikan bagaimana sejarah pembakuan bahasa Melayu dan juga aspek-aspek pembakuannya secara terperinci. | Bahasa baku atau bahasa standard ialah suatu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi (Haugen, 1972). Menurut Furgusan (1960:8), salahbsatu ciri bahasa standard ialah bahasa yang telah mengalami standardisasi, iaitu proses pemilihan satu variasi daripada satu bahasa yang diterima secara meluas. Menurut Harvanek (1964:3 - 16), bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang sifatnya akademik, falsafah dan profesional. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa standard ialah satu dialek antarabeberapa dialek lain yang dituturkan oleh sesebuah masyarakat bahasa. Za'ba pula menyatakan bahasa baku menggunakan konsep gaya bahasa surat. Untuk mendapatkan huraian lanjut, sila rujuk artikel bertajuk Sebutan Baku dalam Media Massa : Ke Arah Kesempurnaan Bahasa Melayu oleh Ab. Razak Ab. Karim dalam Jurnal Dewan Bahasa, keluaran bulan Ogos 1994, halaman 734 - 747. | Makna | 09.01.2008 |