| Star Rating | kadaran bintang - istilah kejuruteraan | Istilah | 26.02.2009 |
| Perkataan “characteristic appearance” dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan “rupa ciri”. Adakah padanan ini sesuai? Star anise 330. Star anise shall be the dried, ripe fruit of the plant Illicium verum. It shall have the characteristic appearance and shall be free from admixture by Illicium anisatum. Bunga lawang. 330. Bunga lawang hendaklah buah kering masak daripada tumbuhan Illicium verum. Ia hendaklah mempunyai rupa ciri dan hendaklah tidak dicampur dengan Illicium anisatum. | Ayat yang betul ialah: Ia hendaklah mempunyai ciri-ciri rupa tersebut dan hendaklah tidak dicampur dengan Illicium anisatum. | Makna | 01.07.2021 |
| penamaan bangunan "Star Boulevard" adakah boleh digunapakai | Nama yang dicadangkan tidak diperakui kerana menggunakan bahasa Inggeris. | Istilah | 11.08.2016 |
| Akhbar The Star sering menggunakan Negri berbanding Negeri untuk kata nama khas Negeri Sembilan. Mereka juga sering menggunanaka perkataan Mentri bagi merujuk kepada Menteri. Adakah ini boleh diterima? | Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Negeri Sembilan dan menteri. Berdasarkan rujukan kami banyak teks bahasa Inggeris menggunakan ejaan Negeri Sembilan (di samping Negri Sembilan), manakala ejaan menteri diterjemahkan kepada minister. | Ejaan | 15.11.2011 |
| Assalamualaikum.. Tuan, sewaktu saya cuba memperkelnalkan PRPM kepada rakan-rakan dan kelebihan Khidmat Bahasa, saya dapati ada jawapan Khidmat Bahasa yang bertentengan. Antaranya ialah jawapan bagi soalan ejaan ALOR STAR atau ALOR SETAR dan GERIK dengan GRIK. dALAMSATU SOALAN kHIDMAT bAHASA MENYATAKAN EJAAN YANG BETUL IALAH alor star TAPI DALAM JAWAPAN YANG LAIN IALAH alor setar. bEGITU JUGA NAMA TEMPAT gerik DI pERAK.Sebenarnya manakah ejaan yang betul? 1. Alor Star atau Alor Setar 2. Grik atau Gerik. | Untuk makluman saudara pihak kami sedang berusaha mengemas kini arkib khidmat nasihat bahasa. Kerja ini mengambil sedikit masa kerana senarai arkib yang ada melebihi 20,000 ribu pertanyaan/jawapan. Dalam hal penamaan tempat pula kami sarankan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan nama-nama tempat ini tidak boleh diubah kerana telah diwartakan sebelum tahun 1972. | Lain-lain | 27.06.2011 |
| Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. __________ diputerakan di Alor Star, Kedah. Soalan: manakah pilihan jawapan yang sesuai beliau @ baginda. Terima kasih. | Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baginda diputerakan di Alor Star, Kedah. | Tatabahasa | 05.08.2008 |
| Salam. Diharap pihak DBP dapat menegur pihak Institut Aminudin Baki (IAB) yang memaksa kami para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan istilah "Sistem Star Rating" dalam menyediakan dokumen rasmi. Ini berlawanan dengan dasar MBMMBI. Istilah ini adalah salah dalam BM dan BI. | Hal ini kami ambil maklum untuk melaksanakan pemantauan dan disusul dengan nasihat dan teguran. Untuk makluman saudara, kami telah bertanyakan perkara ini kepada pihak Institut Aminudin Baki dan pihak tersebut mengakui penggunaan istilah Sistem Star Rating dalam organisasi tersebut. | Lain-lain | 05.04.2012 |
| U MOBILE KEDAI PERALATAN TELEKOMUNIKASI DIMILIKI OLEH : KS LUCKY STAR TRADING | Sila buat permohonan pengesahan iklan melalui dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 24.05.2019 |
| penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan. | Penggunaan yang betul ialah: 1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri. 2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing. 3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
| Adakah nama aplikasi perlu letak " " ? Ataupun hanya ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat: Saya menggunakan aplikasi "CapCut", "Video Star" untuk menyunting video. | Bagi nama aplikasi, tidak perlu diletakkan tanda petik tetapi ejaan yang betul perlulah digunakan. Contoh: WhatsApp, facebook dan lain-lain. | Ejaan | 28.06.2022 |