Apakah terjemahan yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi 'start-up company'? | Terjemahan bahasa Melayu yang boleh digunakan bagi start-up company ialah syarikat permulaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.01.2017 |
Assalamualaikum w.b.t Saya nak tanya padanan yang sesuai bagi 'Normal Start-up' iaitu merujuk kepada tindakan menghidupkan jentera, mesin atau reaktor, dll dlm bahasa Melayu. Adakah penghidupan normal diterima? Bunyinya agak janggal. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan normal start-up diterjemahkan kepada Mula Normal. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.05.2017 |
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts" | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti. | Istilah | 14.05.2019 |
Saya ingin bertanya tentang perbezaan tanda petik tunggal dan berganda . | Tanda petik berganda (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contoh: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contoh: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim. Sila rujuk Gaya Dewan Edisi 3 halaman 77 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 10.08.2022 |
Assalamualaikum wr wb. Saya mempunyai masalah uuntuk menterjemahkan 'Giving Your Child Head Start in Life' ke dalam bahasa Melayu. Boleh saya tahu apa terhemahan yang terbaik untuk digunakan? Terima kasih. | Mohon berikan terjemahan terlebih dahulu dan pihak kami akan membantu penyusunan tatabahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2019 |
Bagaimana ayat yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Powerfully Thin. Faster Done: Start Fast and Finish First." Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan ialah Nipis dan Berkuasa. Lebih Pantas. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2016 |
ulaskan asal usul perkataan melayu | Mohon rujuk buku-buku yang disertakan bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan. - "The Malay Civilization" oleh Mohd Arof Ishak
- Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini mengupas sejarah asal usul orang Melayu dari segi budaya, masyarakat, dan tamadun yang berkembang di Kepulauan Melayu.
- "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Yusoff Hashim
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini menyelidiki tamadun dan asal usul masyarakat Melayu melalui kajian sejarah dan arkeologi.
- "Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) oleh Tun Sri Lanang
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Versi lain mungkin diterbitkan oleh penerbit yang berbeza.
- Ini adalah salah satu naskhah klasik yang penting dalam memahami sejarah orang Melayu, walaupun ia lebih berbentuk hikayat, tetapi memberi gambaran tentang asal usul dan keagungan kerajaan-kerajaan Melayu.
- "The Malays: Their Problems and Future" oleh Syed Husin Ali
- Penerbit: The Other Press
- Buku ini mengkaji asal usul orang Melayu dari sudut pandang sosial, ekonomi, dan politik.
- "Asal Usul Melayu: Menulis Semula Sejarahnya" oleh Mohd Arof Ishak
- Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini membincangkan teori-teori mengenai asal usul orang Melayu dan peranan mereka dalam perkembangan tamadun di rantau ini.
| Penyelidikan | 08.09.2024 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Sila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler Lane Departure Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2015 |
Mohammad Abuzaid Nov 24th, 10:20pm Alsalam Alikum Mohammad Abuzaid Nov 24th, 10:21pm can you please advice some book to start learning bahasa Malayu? | Antara buku yang boleh dijadikan bahan rujukan ialah: 1. Bahasa Melayu I, terbitan Oxford University Press 2. Belajar tatabahasa dan bahasa Malaysia, terbitan Fajar Bakti 3. Panduan dan latihan sistem ejaan rumi Bahasa Malaysia, terbitan DBP 4. Perbualan asas bahasa Melayu, terbitan DBP 5. Bahasa Melayu untuk penutur asing: peringkat asas buku 2, terbitan DBP | Lain-lain | 24.11.2015 |
TERJEMAHAN Terdapat beberapa laman web yang menterjemahkan 'setting' kepada 'seting' sbg contoh: http://www.microsoft.com/windowsphone/ms-my/howto/wp7/start/recommended-settings-in-phone-setup.aspx Pandangan DBP dialukan. | Dalam daftar istilah DBP bidang Kesusasteraan dan Komunikasi Massa yang menerima pakai seting sebagai padanan daripada setting, manakala bidang-bidang lain menerima pelbagai istilah yang sesuai mengikut konteks dan penggunaan seperti pengesetan, latar dan persekitran. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=setting. | Istilah | 08.03.2012 |