statistik bahasa yang digunakan dalam malaysia | Saudara dinasihati merujuk pihak universiti tempatan yang ada menjalankan kajian tentang perkara ini atau merujuk makalah yang terdapat di perpustakaan. dalam majalh dan akhbar tempatan. | Lain-lain | 29.04.2008 |
Apakah istilah rasmi bagi perkataan "outlier" yang digunakan dalam bidang statistik/matematik? Terima kasih | Tidak ada contoh penggunaan istilah outlier dalam bidang matematik/statistik. Walau bagaimanpun kami mencadangkan padanan istilah outlier dalam bidang tersebut ialah "unsur luaran". | Istilah | 27.05.2011 |
Salam Tuan, Ini soalan berkaitan istilah statistik. Saya cuba mencari istilah "outliers" tetapi tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Boleh tuan bagi sedikit cadangan padanan BM istilah tersebut? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "outlier" dalam bidang statistik. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outlier" ialah unsur luaran. | Istilah | 05.11.2013 |
1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut. | Makna | 22.07.2009 |
Saya ingin mengetahui istilah statistik yang betul dalam bahasa melayu bagi: 1. Structural Equation Modeling 2. Factor Loading Terima kasih | 1. pemodelan persamaan struktur. 2. Angka yang mewakili kemuatan relatif get untuk memacu get-get lain atau beban relatif yang dikemukakan oleh suatu get kepada get yang memacunya. |
| Istilah | 26.04.2010 |
Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat? | "Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali". | Tatabahasa | 03.07.2007 |
Apakah istilah bagi kata nama "measured variable" dalam bidang statistik? | Tidak ada istilah "measured variable" dalam pangkalan data kami. Untuk makluman padanan istilah measured ialah terukur dan dalam bentuk kata umum ialah satu-satu atau berhati-hati. Padanan variable dalam bidang Matematik ialah berubah. | Istilah | 07.06.2011 |
Apakah istilah Melayu bagi istilah Inggeris "structural equation modeling" dalam bidang statistik? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu ialah pemodelan persamaan struktur. | Istilah | 08.03.2008 |
berikan definisi mengenai leksikostatistik dan pendapat beberapa ahli sarjana mengenai kajian leksikostatistik dalam bidang linguistik | Leksikostatistik bermaksud pengkajian secara statistik tentang kosa kata sesuatu bahasa dengan penekanan khusus terhadap hubungan sejarahnya dengan bahasa-bahasa lain. Saudara boleh membuat rujukan tentang pendapat ahli sarjana tentang kajian ini daripada perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu. | Makna | 27.02.2008 |
salam di sini ada 1 soalan 1)peratus sekiranya nombor dalam perpuluhan disebut satu perpuluhan dua tiga (1.23) bagaimana pula dengan peratus (%) adakah disebut satu perpuluhan dua puluh tiga peratus atau seperti di atas? | Dalam penulisan teks, kata peratus (%) hendaklah dieja, misalnya 1.23 peratus. Manakala dalam ilustrasi, misalnya jadual dan statistik, simbol % digunakan. | Tatabahasa | 06.10.2010 |