Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stem


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cerita STEM jln cerita utama dikategorikan"Buku Cerita Aliran STEM"@" Buku Cerita Kategori STEM"?Kedua-duanya boleh digunakan, "Buku Cerita STEM" juga boleh digunakan.Lain-lain01.10.2024
Apakah terjemahan yang sesuai untuk (1) "acupresure"? Akutekanan atau akupresur? (2) stem cell? sel stem atau sel tunjang? Terima kasih atas bantuan.Kami mencadangkan terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah “acupressure” ialah “akutekanan” mengikut konteks ayat yang sesuai. Bagi istilah “stem cell” pula terdapat beberapa padanan bahasa Melayu iaitu “sel tunjang”, “sel batang” dan “sel stem". Untuk maklumat lanjut, tuan boleh membuat carian melalui laman sesawang kami iaitu prpm.dbp.gov.my.Istilah01.02.2021
Tuan/Puan, Apakah terjemahan "embryonic stem cell" dalam bahasa Melayu? Adakah semua di bawah ini boleh digunakan? 1) sel dasar embronik 2) sel tunjang embronik 3) sel induk embronik 4) sel stem embronik Terima kasih.Untuk makluman, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "stem cell", iaitu sel dasar, sel tunjang dan sel induk. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang betul ialah sel dasar embrioniksel tunjang embrionik atau sel induk embrionik.Istilah17.06.2013
Assalamualaikum Saya terlibat dengan kajian membuat modul pendidikan STEM. Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menerangkan makna perkataan "Toolkit".Dalam pangkalan data istilah DBP, istilah "toolkit" terdapat dalam bidang teknologi maklumat. Padanan bahasa Melayu untuk "toolkit" ialah set peralatan. Maksud set peralatan ialah siri fungsi yang membantu pengatur cara dalam pembangunan perisian.Istilah06.08.2016
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts"Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". 
Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti.
Istilah14.05.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana perkataan "address" dalam konteks ayat berikut dapat diterjemahkan dengan tepat: I chose these variables because alternative conception is a common issue among students when learning science, and the Gravi-STEM module is designed to "address" this problem. Terima kasih

Kami mencadangkan padanan “menangani”, “menyelesaikan”, “menghuraikan”, “mengatasi”, atau  “menjelaskan” untuk perkataan address. Padanan  ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya.

Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Makna20.02.2023

Kembali ke atas