Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.ril] | ستيريل

Definisi : (stéril) 1. terpelihara (bebas, bersih) drpd kuman atau hama; 2. Id tidak subur, tidak dapat beranak atau berbuah, mandul; mensteril menjadikan steril (bebas drpd kuman): gunakan jarum atau pin yg sudah disteril; kesterilan perihal atau keadaan steril; pensterilan perihal (perbuatan dsb) menjadikan steril, sterilisasi; pensteril alat utk mensteril: ~ alat-alat bedah dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.ril] | ستيريل

Definisi : terpelihara, bebas atau bersih drpd kuman atau hama: Kulat ini tidak menjangkiti anak benih yg tumbuh di tanah yg ~. mensterilkan menjadikan steril (bebas drpd kuman): Gunakan jarum atau pin yg sudah disterilkan. kesterilan keadaan steril; keadaan sudah disteril. pensterilan perbuatan atau proses mensterilkan. pensteril alat utk mensterilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata steril


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sama ada perkataan “steril” dalam peruntukan di bawah ini ialah padanan yang betul. “36. (2) Nothing in subregulation (1) shall prohibit the placing in food or in packages of such food— (a) any article for measuring the recommended quantity of food to be consumed, provided that such article is sterile. (2) Tiada apa-apa dalam subperaturan (1) boleh melarang daripada diletakkan dalam makanan atau dalam bungkusan makanan itu— (a) suatu benda bagi menyukat kuantiti makanan itu yang disyorkan untuk dimakan, dengan syarat bahawa benda itu adalah steril;”.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan steril membawa maksud terpelihara (bebas, bersih) daripada kuman atau hama. Oleh itu, perkataan steril boleh digunakan dalam kenyataan di atas.Makna28.05.2021

Kembali ke atas