Assalam, saya membuat produk cheese stick. Cheese stick diganti bahasa apa ya? tkasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jejari keju. | Istilah | 20.09.2016 |
Apakah padanan yang sesuai untuk "night stick" yang merujuk kepada a police officer's club or billy.? Batang malam? Tongkat malam? Terima kasih | Istilah night stick masih belum ada dalam data kami. Cadangan padanan yang sesuai bagi night stick ialah cota. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat keterangan bagi cota ialah kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, tongkat waran, belantan, martil. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua pula ialah kayu pendek seperti yang digunakan oleh polis sebagai senjata. | Makna | 17.10.2017 |
Saya ingin meminta cadangan bagi terjemahan ke bahasa Melayu untuk perkataan "light stick" atau "luminous stick". Terima kasih | Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat bagi perkataan tersebut, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03- 21424381/ 03-21442506. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.09.2014 |
Cadangan terjemahan untuk perkataan "selfie stick" atau kayu yang digunakan untuk mengambil gambar selfie? | Terjemahan "Selfie stick" yang dimaksudkan dalam soalan mengikut istilah ialah monopod. Terima kasih. | Istilah | 06.06.2017 |
salam, apakah padanan terjemahan untuk "usb stick"? terima kasih | Untuk makluman istilah "USB stick" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, konsep istilah ini adalah sama dengan "USB drive" atau "pen drive'. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemacu USB. | Istilah | 01.02.2013 |
the new mobile whhite board in town stickart is a self stick poly paper stickarrt is the best cost saving ,time saving substitute .conventional riged white boards full self stick backing to any smooth surface stickart can resurface desktops,cabinet door,waal surface ecisting and woon out white board and any glass surface. stickarrt poly paper sheet provid brigt.porcelin white surface in a minute now you can do your meeting any where you want wite stick arrt this flexible user friendly whiteboatd ugoes any where you go great for use on the go at...- hotels,conferences,meeting,direct selling presentations home,scholls,institutions,hospitals,clinics,offices.... | Pihak kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Sila hubungi Institut Terjemahan Malaysia, telefon : 03-41497210. | Lain-lain | 18.02.2008 |
Salam, saya ingin bertanya apakah istilah bahasa melayu untuk 1) irradiated food 2) glow stick? Apakah beza granular dengan granul yang merujuk pada permukaan Matahari? Apakah penerangan bagi istilah magnetosfera? Terima kasih | 1. Belum ada istilah bahasa Melayu untuk “irradiated food” dan “glow stick”. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah makanan tersinar dan lampu batang bercahaya. 2. Granular ialah perkataan dalam bahasa Inggeris, manakala istilah bahasa Melayu ialah granul. 3. Menurut huraian istilah bidang Aeroangkasa dan Matematik, magnetosfera ialah kawasan di sekeliling planet yang zarah terion di dalamnya dipengaruhi oleh medan magnet planet itu sendiri, tetapi bukannya oleh medan magnet yang dibawa oleh angin suria. | Istilah | 22.02.2018 |
As salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan stonefish (ikan) dan stick insert (serangga) yang digunakan dalam Sains Tg 2. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua perkataan tersebut belum ada dalam pangkalan data kami. Mohon berikan kami maklumat tambahan, adakah kedua-dua perkataan tersebut digunakan dalam buku teks terbitan DBP atau buku rujukan syarikat lain dan apakah terjemahan yang digunakan? Bagi perkataan yang belum ada dalam sumber rujukan kami, maka perkataan ini akan dirujuk kepada pihak yang lebih arif dan jika hal ini membabitkan buku terbitan kami, maka lebih mudah untuk kami membuat rujukan dan semakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2014 |