Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stig.ma] | ستيݢما

Definisi : 1. (Bio) bahagian hujung benang sari yg menerima debunga (tepung sari); 2. sifat atau sesuatu yg menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban: wanita kita juga tidak menghadapi ~ sosial seburuk yg dihadapi wanita banyak negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stig.ma] | ستيݢما

Definisi : ist hujung bahagian bunga be­tina yg menerima benih bunga atau debunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stigma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku?Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut.  Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.Istilah21.12.2017

Kembali ke atas