| Why do we jerk foward when a car stops suddenly? Mengapakah kita terkedepan apabila kereta berhenti tiba-tiba? atau Mengapakah kita tersentak ke depan apabila kereta berhenti tiba-tiba? Terjemahan yg manakah paling sesuai? | Terjemahan yang lebih gramatis adalah dengan memasukkan perkataan “dengan”. “Mengapakah kita tersentak ke depan apabila kereta berhenti dengan tiba-tiba?” | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2018 |
| apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia? | stops: list .5in">1. Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~stops: list .5in">2. Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.06.2008 |
| 1. Incentive Award Certificates 2. threats and vulnerabilities 3. stops cargo theft in its tracks | i. Anugerah hadiah galakan. ii. Ancaman dan mudah diserang. iii. Menghalang kecurian kargo semasa penghantaran | Ejaan | 09.08.2006 |
| saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih | stops: 44.1pt" class="MsoNormal">Salam, stops: 44.1pt" class="MsoNormal">Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik Katalog Awam dalam Talian. Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian. stops: 44.1pt" class="MsoNormal">Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan. Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268). | Lain-lain | 26.01.2011 |
| Padanan bagi frasa 'cringe-worthy'. | stops: 45.8pt 91.6pt 137.4pt 183.2pt 229.0pt 274.8pt 320.6pt 366.4pt 412.2pt 458.0pt 503.8pt 549.6pt 595.4pt 641.2pt 687.0pt 732.8pt;">Mohon tuan/puan berikan penggunaan “cringe-worthy” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 28.06.2018 |
| Tuan, ada sedikit pertanyaan mengenai apitan meN-...-i. Mengapakah kita menggunakan perkataan "mencukupi" untuk membawa maksud cukup, tidak kurang, sedangkan kita ada perkataan "cukup"? Dalam hal ini dilihat bahawa "mencukupi" dapat berfungsi sebagai kata adjektif, dan maksud "mencukupi" disamakan dengan maksud perkataan "cukup". Adakah "mencukupi" itu kata adjektif atau kata kerja transitif? Saya difahamkan bahawa apitan meN-...-i ialah pembentuk kata kerja transitif, tetapi "mencukupi" selalu digunakan tanpa ikutan objek. Adakah apitan meN-...-i dapat membentuk kata adjektif seperti "mencukupi"? Saya juga tidak pasti bahawa adakah "cukup" dan "mencukupi" sama maksud atau ada sedikit perbezaan makna? Minta tuan terangkan pertanyaan ini. | stops: list 36.0pt">· Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu, cukup mempunyai makna seperti yang berikut: stops: list 36.0pt">· 1. (bilangan) kata tugas:banyak, sampai jumlahnya stops: list 36.0pt">· 2. (usia) kata tugas: genap, sampai, sangkap, betul-betul stops: list 36.0pt">· 3. Sempurna adjektif: lengkap, kafi, jap stops: list 36.0pt">· 4. Sangat kata tugas: terlalu, amat, sungguh stops: list 36.0pt">· 5. Lumayan kata tugas: sederhana, sedang stops: list 36.0pt">· stops: list 36.0pt">· Kata mencukupi kata kerja bermaksud memadai, melengkapi, mengenapi, sedang-menyedang: stops: list 36.0pt">· Antonim mencukupi ialah berlebihan; berkurangan. stops: list 36.0pt">· Sila kemukakan ayat sekiranya masih tidak memahami makna perkataan cukup dan mencukupi. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
| ' yard' dalam bahasa Melayu | stops: list 36.0pt;">· Mengikut Kamus Inggeris –Melayu Dewan, yard bermaksud 1.laman; 2. limbung(an) 3. taman; 4. ela. Maksud yang diberikan harus disesuaikan dengan konteks penggunaan dalam ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.12.2014 |
| Salam sejahtera DBP, Bersama-sama emel ini saya sertakan kemusykilan saya berkenaan bahasa. Terima kasih dan selamat berpuasa. | stops : 18.0pt" class="MsoNormal"> Betul: (b) Jalan cerita dalam filem yang baru ditayangkan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan penonton. Ayat (a) salah kerana persoalan tidak perlu ada penjodoh bilangan sebuah. Kata sendi nama di untuk menunjukkan tempat. Dalam kalangan membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak ; kata sendi di tidak perlu ada. stops: 18.0pt" class="MsoNormal"> | Tatabahasa | 29.07.2011 |
| Assalammualaikum, saya ingin mengutarakan soalan mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, seperti yang saya maklum dibawah jabatan ini terbahagai kepada lima bahagian dan masing-masing mempunyai cara dan fungsi yang tersendiri. Soalan saya ialah seperti berikut: 1. Apakah peranan bagi setiap bahagian? 2. Pada tahun 2013 berapa program dan aktiviti yang telah diusahakan dan dijalankan oleh jabatan ini? | Jawapan soalan pertama iaitu, peranan setiap bahgian dalam Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Kuala Lumpur termasuklah seperti yang berikut: stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar Negara. stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan. stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu. stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan. stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera). stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera. stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri). Untuk jawapan soalan kedua, DBP Kuala Lumpur tidak memberikan data jumlah keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera kepada pihak yang tidak berkepentingan. Sekiranya puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan data tersebut, mohon puan menghantar permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah DBP dengan menyatakan justifikasi maklumat tersebut diperlukan. Surat permohonan rasmi boleh terus dihantar kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP Kuala Lumpur, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.03.2014 |
| adakah perkataan wawancara dan temuramah membawa maksud yang sama? dari segi penggunaan adakah wawancara hanya ekslusif untuk penemuramah yang berjumpa dengan orang kenamaan? | stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· Kedua-dua perkataan, “temu ramah” dan “wawancara” sama maksudnya. Mengikut Kamus Dewan, “temu ramah” diberikan maksud ‘tanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain untuk mendapat berita dan lain-lain, wawancara. stops: list 36.0pt" class="MsoNormal">· “Wawancara” diberikan maksud soal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka untuk mendapatkan keterangan, pandangan untuk disiarkan, temu ramah. Tidak ada peraturan yang menyatakan hanya “wawancara” untuk orang kenamaan. Dalam masyarakat kita, orang kenamaan dan tokoh politik boleh sahaja orang yang sama. | Istilah | 20.02.2014 |