Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stor] | ستور

Definisi : IB memasukkan (menyerahkan, membayarkan) wang dll; menstor, menstorkan memasukkan (menyerahkan, membayarkan) wang dll kpd; storan sesuatu yg distorkan (dibayarkan); penstoran perihal menstor(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stor] | ستور

Definisi : (rumah, ruang, bilik, dsb) tempat menyimpan barang: karbida dan mercun yg disimpan dlm ~; storan 1. simpanan barang dsb (dlm sesuatu tempat utk digunakan apabila diperlukan); 2. (Komp) peranti ingatan yg digunakan utk menyimpan data komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stor] | ستور

Definisi : bangunan, bilik dll tempat me­nyimpan barang-barang. menstorkan menyimpan (barang dll) ke dlm stor. storan 1 barang-barang yg di­simpan dlm stor. 2 ist peranti yg membolehkan data komputer disimpan dan dicapai semula. ~ data ist tempat simpanan data dlm sesuatu sistem komputer. ~ massa ist tempat simpanan data komputer dlm jumlah yg besar yg sedia dicapai oleh unit pemprosesan pusat. ~ sekunder ist peranti tambahan bagi storan utama komputer. penstoran perihal atau perbuatan menyimpan (di dlm stor). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang tertentu di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP. Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd.Teks bahasa Melayu telah disemak. Sila lihat Lampiran.Tatabahasa08.10.2012
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang yang seterusya di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP. DBP telah banyak membantu menjawab pertanyaan kami sebelum ini. Tetapi pertanyaan kami yang terakhir dijawab hanya sebahagian daripadanya. Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd.Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat Bahasa membuat semakan dokumen yang tidak melebihi tiga halaman. Walau bagaimanpun kami akan membantumenyemak dokumen puan dalam tempoh dua minggu dan hasil semakan akan di-e-mel kepada puan.Tatabahasa30.10.2012
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang yang seterusya di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP (24 muka surat/"sheet" dalam format excel). Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd.Lihat Lampiran.Tatabahasa22.10.2012
untuk ejaan stor. adakah setor @ stor yang betul?Ejaan yang betul ialah stor.Ejaan01.08.2013
Yang mana lebih sesuai digunakan untuk dijadikan papan tanda: a. Stor alatan pendidikan jasmani b. Bilik alatan pendidikan jasmani

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan stor bermaksud (rumah,ruang,bilik dsb.) tempat menyimpan barang. Perkataan bilik bermaksud ruang dalam rumah(bangunan dll.) yang bersekat dengan dinding dan berpintu , kamar. Ruang yang tersekat,petak kecil.

Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaan bilik lebih kecil daripada stor dan stor fungsinya adalah untuk menyimpan barang.  Oleh itu, bergantung pada pihak saudara menentukan kesesuaian penggunaan perkataan mengikut fungsi tempat tersebut.         

Lain-lain28.04.2008
Yang manakah ejaan yang betul bagi tempat penyimpanan barang-barang, stor atau setor?Ejaan yang betul ialah stor.Ejaan08.01.2007
1)Bola itu menjadi lembut selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2)Azzilah terpaksa berpinar mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Bola itu menjadi kempis selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor.
2) Azzilah terpaksa berputih mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan.
Tatabahasa17.07.2012
1)Farm Office guard area, conference room, office area, manager room, pantry, surau waiting area. 2)Worker Quaters 3)Silage store 4)General Store 5)Garage & Farm Machinery Store 6)Bio-Security 7)Water Tank 8)Septic Tank1)Pejabat Ladang ruang pengawal, bilik persidangan, ruang pejabat, bilik pengurus, pantri, surau, ruang menunggu. 2)Kuaters Pekerja 3)Stor Silaj 4)Stor Am 5)Garaj dan Stor Jentera Ladang 6)Bio Keselamatan 7)Tangki Air 8)Tangki SeptikIstilah25.10.2011
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan.Istilah14.06.2012
1)Farm Office guard area, conference room, office area, manager room, pantry, surau, waiting area 2)Silage Store 3)Ganeral Store 4)Garage & Farm Machinery Store 5)Bio-Security 6)TNB-Sub Station H.T Switch gear room, transformer room, MSB room 7)Water Tank 8)Septic Tank1)Pejabat Ladang ruang pengawal, bilik persidangan, ruang pejabat, bilik pengurus, pantri, surau, ruang menunggu 2)Stor Silaj 3)Stor Am 4)Garaj dan Stor Jentera Ladang 5)Bio Keselamatan 6)Pencawang TNB bilik peralatan suis tinggi, bilik transformer, bilk MSB 7)Tangki Air 8)Tangki SeptikIstilah25.10.2011
12

Kembali ke atas