Penggunaan nama Putrajaya Story. Info berkaitan Putrajaya Story seperti dibawah. Putrajaya Story merupakan tarikan baharu pelancong domestik dan antarabangsa yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Bertempat bersebelahan Dataran Putra, Putrajaya Story bertujuan untuk menyediakan kepada pengunjung dengan konsep 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya. Ini adalah tempat yang menarik untuk pergi jika pelawat ingin memahami keunikan Putrajaya. Nama Putrajaya Story ini di pilih bagi menceritakan semua himpuan kisah yang berkisar tentang Putrajaya dari Prang Besar hingga Putrajaya hingga kini. | Untuk permohonan tentang cadangan penamaan, sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa.my. Cadangan pihak kami bagi penamaan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu ialah GALERI PUTRAJAYA. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "galeri" ialah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya. Pemilihan perkataan galeri ini sudah memadai bagi merujuk tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara yang diadakan di Putrajaya. | Istilah | 28.07.2022 |
Apakah terjemah "story arc" dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah story arc ialah alir cerita. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |
Istilah Bahasa Inggeris untuk personalizing...Contoh Personalizing the story means the digital storyteller tells a story that somehow someway left an impact and consequences in his life dalam Bahasa Melayu istilah yang sesuai | Sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia kerana kami tiada perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun, kami berpendapat istilah dalam bahasa Melayu ialah "Penyesuaian". | Penyemakan dan penterjemahan | 13.01.2015 |
apakah maksud pourquoi stories/pourquoi story dalam Bahasa Melayu? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah pourquoi story ialah cerita rakyat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.09.2023 |
tuan/puan/cik, Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut perkataan 'transportation' yang sesuai dengan ayat "Transportation into a narrative refers to the process by which an individual becomes immersed into a story, losing track of the real world as he or she experiences the unfolding events in the story (Gerrig, 1993; Green & Brock, 2000). Transportation is measured by asking viewers about the extent to which they forgot about their surroundings while viewing and felt present in the mediated environment they were viewing (Green & Brock, 2000)". Harap pihak DBP dapat membantu saya..Ini kerana makna sebenar 'pengangkutan' daripada transportation dilihat tidak sesuai dengan ayat tersebut. Terima kasih atas bantuan DBP. | Puan Suraini, Dalam konteks ini padanan yang sesuai bagi perkataan transportation ialah 'penghayatan', dalam erti kata yang lain pembaca atau penonton akan berasa seolah-olah mengalami peristiwa yang diceritakan. | Istilah | 29.06.2010 |
Apakah perkataan bahasa Melayu bagi story boar dan coffee table book? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah storyboard ialah papan cerita dan istilah coffee table book ialah buku mewah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 27.11.2023 |
Apakah perkataan bahasa Melayu bagi story board dan coffee table book? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah storyboard ialah papan cerita dan istilah coffee table book ialah buku mewah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 27.11.2023 |
Saya ingin padanan perkataan "microstory/micro-story", iaitu cereka dgn antara 5 hingga 200 patah perkataan, sebagai "cerita kontot" atau "certot". | Cadangan padanan bagi istilah microstory dalam bahasa Melayu ialah cerita mikro. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 18.08.2024 |
Konteks ayat yang digunakan ialah to produce a compelling story.. dalam bentuk nama am | Dalam konteks ayat yang tersebut, kami mencadangkan compelling diterjemahkan kepada menarik. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2014 |
Tools untuk membina dalam bahan multimedia seperti Moviemaker atau Photo story.... Istilah bahasa Melayu yang sesuai Alatan atau Aplikasi(Apss) | Istilah yang sesuai ialah aplikasi, iaitu atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu. | Istilah | 23.04.2015 |