Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : not in the same ~ /as, with / , tdk se- + approp adj: as a batsman he is not in the same ~ as his father, sbg seorang pemukul dia tidaklah sehandal ayahnya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : /up, down/ so’s ~, cocok dgn bidang sso: it is the sort of thing that is just up your ~, itu memang satu perkara yg cocok dgn bidang kamu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : (go) on the ~s, (euphem) be a prostitute, menjadi pelacur: many innocent girls are lured by pimps and forced to go on the ~s, ramai gadis yg tdk tahu apa-apa digoda oleh alku dan dipaksa menjadi pelacur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~s apart, jauh berbeza, berbeza sama sekali: their opinions are ~s apart, pendapat mereka jauh berbeza; be on the ~, walk the ~s, (colloq) homeless, tdk mempunyai tempat tinggal: they found themselves on the ~s when they could not pay their rent, mereka tdk mempunyai tempat tinggal apabila tdk mampu membayar sewa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~s ahead (of), (colloq) jauh lebih baik: the author’s latest novel is ~s ahead of his last one, novel terakhir pengarang itu jauh lebih baik drpd novelnya yg sebelum ini; the Japanese are ~s ahead of us in technology, orang Jepun jauh lebih baik drpd kita dr segi teknologi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (public thoroughfare) jalan: they roamed the ~s of the town looking for accommodation, mereka merayau-rayau di jalan-jalan di pekan itu utk mencari tempat menginap; the shops in Bond S~, kedai-kedai di Jalan Bond; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. inhabitants of a particular street, penduduk jalan: the whole ~ was invited to the party, seluruh penduduk jalan itu telah dijemput ke majlis tersebut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata street


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin tahu maksud perkataan "street canyon" dalam bahasa malaysia. Saya terangkan secara pendek berkenaan dengan street canyon. 'Street canyon' merupakan kawasan diantara bangunan. Ia hanya terdapat di kawasan bandar. Ia merangkumi jalan raya, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Contoh 'street canyon' adalah seperti di dalam gambar yang bernama 'chicagocanyon2'. Istilah street canyon ini mungkin juga boleh disamakan dengan Grand Canyon di USA dimana ia terbentuk hasil hakisan angin dan air. Tapi street canyon adalah dari buatan manusia.Merujuk istilah geologi, canyon ditakrifkan sebagai "ngarai". Oleh itu, istilah "street canyon" dapat dicadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "ngarai jalan" dengan mengambil kira konsep "ngarai" dalam bidang geologi.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2015
street buntingUntuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain10.02.2015
Salam, Saya ingin tahu maksud perkataan "street canyon" dalam bahasa malaysia. Perkara berkaitan dengan street canyon ada dilampirkan bersama pertanyaan ini.Visual tidak dapat dibuka, sila kemukakan semula dalam bentuk jpeg atau gif.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2015
Definisi perkataan "street food" dalam Bahasa Kebangsaan. Perkataan ini ditafsirkan secara berasingan dalam Kamus Dewan Bahasa dan secara literal boleh didefinisikan sebagai "makanan jalanan". Niat Pihak Berkuasa Negeri untuk memasukkan makanan-makan yang dijual oleh penjaja kecil termasuk di "food court". Pohon bantuan definisi yang tepat yang boleh digunakanUntuk makluman, belum ada definisi yang khusus untuk "street food" dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan puan menghubungi  Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan definisi yang sesuai. Nombor telefon bahagian tersebut ialah 03-21479166/21479159/21479158.Istilah22.07.2014
Assalamualaikum, saya hanya ingin memaklumkan, permohonan saya untuk 'street bunting' dan 'banner', telah pun lulus. Cumanya, saya megalami masalah untuk 'download'. sijil kebenaran. Setiap kali saya download, dan apabila selesai, tetapi tidak dapat membuka file. saya harap saya boleh mendapatkan sijil kebenaran dengan secepat mungkin. No kelulusan. 1.DBP/KPB/201611/09992 2.DBP/KPB/201611/09985Waalaikumussalam,
Kemungkinan masalah ini terjadi disebabkan masalah teknikal.  Tuan boleh menghubungi pegawai teknikal kami, Encik Saufi (03-21479389) atau Puan Raja Bi (03-21479377) untuk mendapatkan bantuan
Lain-lain01.11.2016
Dear Tuan/Puan, Salam Sejahtera, FYI Due to DBP website server down, and we are urgent to get this approval from DBP, we apply this start on 18th May till now we haven get any reply, we really need your help and check again for the attach visual a.s.a.p. Thank you so much for your help. Have a nice day. Our No.pendaftaran 30433/2017 Majilis Bandaraya Johor Bahru Company name : Apexone Printing Sdn Bhd Hatten Group - JBCC Street Bunting Best Regard Apexone Printing Sdn BhdPermohonan tuan telah diproses. Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi.Lain-lain24.05.2017

Kembali ke atas