saya mencari rangkai kata yang sesuai untuk COMBAT STRESS dalam bahasa malaysia. Adakah perkataan STRES diperakui dalam Kamus DBP dan juga perkataan KOMBAT | Tekanan tempur. Perkataan stres telah diterima sebagai satu entri dalam Kamus Dewan tetapi perkataan 'kombat' masih belum diterima. | Makna | 19.10.2008 |
Tuan, apakah terjemahan bagi "Stress Urinary Incontinence"? Adakah "Inkontinens Urinary Tekanan" terjemahan yang betul? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk urinary incontinence ialah inkontinens urinari (bidang Perubatan) dan istilah untuk stress ialah tekanan dan stres (bidang Perubatan). Oleh itu padanan bahasa Melayu yang dicadangkan, iaitu Inkontinens Urinari Tekanan adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 05.10.2011 |
Adakah post-traumatic stress disorder boleh dipadankan dengan Gangguan Tekanan Pascatrauma? (Post-traumatic stress disorder sering disingkatkan menjadi PTSD, bolehkah padanannya juga disingkatkan ke GTP?) | Untuk makluman tuan yang budiman, padanan istilah bahasa Melayu untuk perkataan postraumatic stress disorder ialah kecelaruan stres pascatrauma. Untuk pengetahuan tuan, singkatan sesuatu perkataan tiada yang standard. Sekiranya difahami oleh orang lain ia boleh digunakan. | Istilah | 19.11.2018 |
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih. | Selamat ptg: 1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah. 2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita. 3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi. 4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.11.2016 |