Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[struk.tu.ral] | ستروکتورل

Definisi : berkaitan dgn struktur: penyatuan tanah sering dianggap sbg satu bentuk reformasi ~ di peringkat ekonomi mikro; teori-teori ini bagaimanapun sengaja menekankan unsur kelas dlm analisis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[struk.tu.ral] | ستروکتورل

Definisi : berkaitan dgn struktur: analisis ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata struktural


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah tatabahasa struktural?Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna.Tatabahasa27.07.2006
persamaan variasi dialek sosial dan dialek geografiSoalan yang puan kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan dialektologi seperti:
Dialektologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Tiada, 1990 Dialektologi tradisional dan dialektologi sosial-bandar: Satuperbandingan matlamat, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1998 Dialektologi bahasa Bugis di sabah, Noor Aina Dani, Jurnal Bahasa, 1 June 2006 Dialektologi struktural dalam penelitian bahasa Bali, Bawa, I Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1992 Dialektologi sosial bandar: satu pengenalan, Idris B. Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1996 Dialektologi Melayu: sumbangan A. Teeuw, Bawa, Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 February 1990 Nilai dialektologi sosial bandar dalam pembangunan negara, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 Tamadun Melayu dan dialektologi, Collins, James T, Jurnal Dewan Bahasa, 1 January 1993
Lain-lain15.04.2014
Salam, Komersialisasi dan Pengkomersialan 1. Adakah kedua-dua perkataan di atas diterima pakai buat masa ini? 2. Harap jelas penggolongan kata bagi perkataan-perkataan di atas. 3. Harap beri contoh frasa-frasa pendek bagi membezakan pembinaan ayat untuk perkataan-perkataan tersebut. Ribuan TK.

Perkataan komersialisasi dan pengkomersialan ialah padanan commercialization dalam bahasa Melayu. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu komersialisasi bermaksud proses atau perbuatan menjadikan sesuatu mempunyai sifat perdagangan, manakala pengkomersialan ialah perihal mengkomersialkan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Contoh ayat: Perubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses komersialisasi sektor pertanian dan Pengkomersialan filem Hang Tuah telah mencetuskan kritikan.

Tatabahasa21.10.2011

Kembali ke atas