Istilah untuk "LookBook"? - A lookbook is a collection of photographs compiled to show off a model, photographer, style, stylist, or clothing line | Mengikut carian kami, Lookbook merupakan kata nama khas. Kata nama khas dikekalkan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.02.2020 |
Hanim Husin Jun 27th, 2:41pm Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Saya Hanim dari PJ. Saya ingin mendapatkan kebenaran daripada cik/puan/tuan untuk mengadakan Bengkel/Slot demo Penggayaan Selendang dengan mudah dan pantas sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan kita bergerak pantas dalam kehidupan seharian. Saya mempunyai kumpulan @ Hijab Stylist Team yang diterajui oleh Hijab Stylist yang semakin meningkat naik iaitu Puan Anizon Hussin, mantan Editor bagi Majalah Dara.Com. Bengkel/Slot yang bakal diadakan ini adalah percuma selama 1 1/2 jam dan ianya bertujuan untuk membantu para muslimah menggayakan tudung dengan cepat disamping menutup aurat. Slot ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim diantara jabatan/staff pihak cik/puan. Diharap aktiviti akan mendapat pertimbangan daripada pihak cik/puan/tuan. InsyaAllah! Sekian, HANIM 016-9052046 | Sila hubungi Bhg. Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.06.2014 |
Saya ada dapat jawapan bahawa "Lookbook" ialah kana nama khas. Apakah yang sesuai jika ianya bukan kata nama khas? "A lookbook is a collection of photographs compiled to show off a model, photographer, style, stylist, or clothing line" | Sekiranya “Lookbook” bukan kata nama khas, maka padanan istilah yang sesuai bagi “Lookbook” ialah katalog (Jika mengandungi harga produk atau bayaran perkhidmatan yang berkaitan). Sekiranya “Lookbook” tersebut hanya mengandungi gambar, ilustrasi atau rajah sahaja, kami mencadangkan istilah portfolio, iaitu bekas mudah alih, berupa beg yang agak besar, nipis dan leper untuk diisi kertas, dokumen, lukisan dan sebagainya. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Istilah | 20.02.2020 |