Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menyesuaikan diri (dgn sesuatu keadaan yg baru) serta berkenal-kenalan dgn rakan sejawat dll, orientasi: minggu ~ kenal sudah menjadi program tradisi yg diamal­kan di pusat-pusat pengajian tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kegiatan, usaha dsb me­nyesuaikan seseorang dgn keadaan atau dgn suasana di sesuatu tempat (spt mahasiswa baru di universiti, pekerja baru di pejabat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih.Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal"  boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan.Tatabahasa12.12.2013
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia?Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar.Ejaan10.12.2013
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan "ice breaking"? Adakah "suai kenal" adalah terjemahan yang betul? Adakah terdapat terjemahan atau cadangan lain yang lebih tepat?Istilah suai kenal atau orientasi boleh digunakan sebagai padanan "ice breaking" bergantung pada konteks dan situasi.Istilah25.11.2009
1. Adakah perkataan SUAI itu kata akar? Apakah definisinya? (sebab dalam kamus dewan saya jumpa istilah ubah suai, suai kenal dan tali suai) 2. Adakah perkataan SESUAI itu, kata SUAI yang menerima imbuhan SE - 3. Mana satu yang betul dalam membina ayat, (a) SUAIKAN gambar A dan gambar B, atau (b) SESUAIKAN gambar A dan gambar B. 4. Atau lebih baik digunakan PADANKAN (match) terima kasih.

1. Perkataan suai ialah kata akar, manakala perkataan suai kenal, ubah suai dan tali suai ialah kata majmuk (kata yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih tetapi membawa satu makna).

2. Awalan se + suai membentuk kata terbitan sesuai.

3. SESUAIKAN/PADANKAN gambar A dengan gambar B. - kedua-duanya betul

 

Tatabahasa25.11.2011
Mengapakah 'suai kenal' perlu dijarakkan penggunaannya, manakala kata ' ubahsuai' perlu dicantumkan penggunaan. Saya masih musykil dengan kata majmuk sedemikian.
Ejaan yang betul ialah ubah suai (dua perkataan)
Ejaan07.04.2017
1.Berikut ialah salah satu daripada soalan ujian sekolah saya;(kategori ayat sama maksud) " Makanan yang dijual murah dan sedap," kata Siti kepada kawannya. A. Siti menjelaskan bahawa dia menjual makanan yang murah dan sedap. B. Siti menyatakan bahawa harga makanan yang dijual murah dan sedap. C. Siti meminta kawannya menjual makanan yang murah dan sedap. D. Siti menyuruh kawannya makan makanan yang murah dan sedap. Apakah jawapan yang betul dan alasannya atau tiada jawapan yang betul. 2. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi sesi 'ice breaking'1. Jawapan yang betul ialah B.
2. Padanan yang boleh digunakan ialah suai kenal atau orientasi mengikut konteks dan situasi.
Tatabahasa25.05.2010

Kembali ke atas