Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai perian pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, frasa yang manakah betul, "suara dari peti televisyen itu" atau "suara daripada peti televisyen itu"? "Televisyen" merupakan punca suara, jadi digunakankah kata sendi nama "daripada"? Atau "televisyen" ialah punca tempat suara, jadi kata sendi nama "dari" digunakan? (Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 11, terbitan Syarikat Pelangi)Ayat yang betul, Suara daripada peti televisyen itu.Tatabahasa20.03.2015
Suara penyanyi rock itu sungguh menghiburkanpara penonton yang menyaksikan konsert itu. Garau/LantangDalam konteks ayat tersebut, perkataan lantang lebih sesuai digunakan berbanding garau kerana bermaksud kuat dan jelas. Manakala garau pula bermakna kasar dan besarMakna17.08.2016
Salam. Ayat yang mana betul tatabahasanya Mesyuarat sebulat suara bersetuju atau pun Mesyuarat bersetuju sebulat suara

Ayat ini boleh dibina dalam dua variasi seperti yang berikut :  1. Mesyuarat, sebulat suara, bersetuju ... atau 2. Mesyuarat bersetuju ...   sebulat suara.

Tatabahasa24.07.2008
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal.Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. Tatabahasa15.09.2011
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap?Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa).Tatabahasa12.09.2008
Saya mahu bertanya mengenai penggunaan yang betul… sama ada Persatuan-persatuan Seni Suara Negeri atau Persatuan Seni Suara Negeri-negeri.Jawapan yang sesuai ialah Persatuan Seni Suara Negeri.Lain-lain09.11.2022
Yang mana lebih tepat: a) "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. b) "Umaimah, buka pintu cepat!" suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah."Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. Tatabahasa29.11.2011
1. Suara Hazama sungguh amat merdu. Bolehkah kata penguat digandingkan? 2. Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak tuan. Bagaimana dengan penggunaan kata pencerahan dalam ayat di atas?Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. Oleh itu ayat di atas betul.Tatabahasa11.09.2015
Kementerian ini akan menggunapakai slogan tambahan iaitu "KUASA PENGGUNA : 1 PENGGUNA 1 SUARA" dalam semua surat rasmi. Persoalan saya ialah, slogan "1 PENGGUNA 1 SUARA", sama ada dirapatkan atau dijarakkan. Contoh: "1PENGGUNA 1SUARA" atau seperti di atas. Terima kasih.Dari segi tatabahasa, hendaklah dijauhkan menjadi 1 Pengguna 1 Suara.Tatabahasa19.11.2009
Assalammualaikum.Saya ingin kepastian drp. pihak tuan mengenai perkataan 'ulang suara' yg. sering diungkapkn ketika mengumumkan sesuatu perkara kpd. pihak yg. tertentu menggunakan alat pembesar suara.Apakah ada perkataan lain yg lebih sesuai atau betul bagi menggantikan perkataan tersebut.Sekian terima kasih.Wa'alaikumussalam.

Jika tidak mahu menggunakan perkataan 'ulang suara', boleh juga guna perkataan 'ulang pemakluman' atau "diulang sekali lagi".
Istilah10.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas