Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? | Ayat "Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad." adalah betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Adakah pperkataan 'suatu' boleh digunapaki dalam dokumentasi? Cth ayat: Jawantankuasa Pemandu adalah suatu Jawatankuasa yang akan... Mohon maklumbalas segera. Terima kasih | Suatu merujuk perkara yang belum pasti seperti ayat "Suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu". Jawatankuasa Pemandu dalam ayat yang diberi adalah pasti dan tidak perlu kata suatu lagi untuk menerangkannya. Ayat yang betul "Jawatankuasa Pemandu ialah jawatankuasa yang akan ...". | Tatabahasa | 08.07.2011 |
Suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari bahasa dan kesusasteraan Melayu tetapi tidak pada hari ini. Mengapa ? | Untuk makluman, pertanyaan puan tidak terdapat dalam data kami. Pertanyaan puan memerlukan kajian dan pembacaan yang mendalam. Kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal, kertas kajian dan penerbitan yang lain bagi mengetahui dengan lebih lanjut. Rujukan tersebut boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau kertas kajian di perpustakaan.
| Lain-lain | 24.09.2013 |
'Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah suatu / sesuatu bencana berlaku.' Dalam ayat di atas, 'suatu' atau 'sesuatu' lebih sesuai digunakan? Apakah perbezaan antara 'suatu' dengan 'sesuatu'? Terima kasih. | Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah sesuatu bencana berlaku. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Saya ingin mendapat pandangan & nasihat mengenai cadangan menyedia atau menamakan suatu projek. Sebagai contoh suatu projek membina kemudahan tapak pelupusan telah dicadangkan di atas kawasan tapak ladang kelapa sawit yang telah diambil alih. Maklumat & situasi perkara ini adalah seperti berikut. Lokasi : Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan Pemilik Tanah Asal : Sime Darby Plantation Bhd. Kegunaan Tanah Asal : Ladang kelapa sawit (dinamakan sebagai Ladang Tanah Merah (Tanah Merah Plantation) Tanah Diambil Alih Bagi Tujuan : Cadangan Projek Tapak Pelupusan Sanitari Oleh itu, antara (a) & (b) dibawah, manakah cadangan nama projek/kemudahan yang lebih tepat atau sewajarnya digunakan bagi menyediakan kemudahan berkaitan tapak pelupusan sanitari? a) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Ladang Tanah Merah, Port Dickson; atau b) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Tanah Merah, Port Dickson. Sekian, terima kasih. | Pada pandangan kami, cadangan nama projek yang tepat ialah Projek Tapak Pelupusan Sanitari di Tanah Merah, Port Dickson. Berdasarkan penerangan tuan, Ladang Tanah Merah digunakan untuk penanaman kelapa sawit pada kegunaan asal. Bagi kegunaan pelupusan sanitari, aktiviti berbeza dengan kelapa sawit. Penggunaan perkataan Ladang Tanah Merah tidak sesuai digunakan melainkan nama tersebut merupakan nama khas yang sudah didaftarkan atau digazetkan.. | Tatabahasa | 02.09.2014 |
yang manakah betul? pecutan adalah suatu kuantiti vektor atau pecutan ialah suatu kuantiti vektor. terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Pecutan ialah suatu kuantiti vector..." | Tatabahasa | 10.07.2013 |
1)pada suatu hari,saya ke pasar. 2) di suatu hari,saya ke pasar. 3)pada satu hari, saya ke pasar. yang mana satu betul? | 1. Pada suatu hari, saya ke pasar. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
Ayat manakah yang betul? 1. Suatu hari nanti, saya kembali semula ke sini. 2. Satu hari nanti, saya kembali semula ke sini. Apakah perbezaan penggunaan "suatu" dan "satu"? Terima kasih. | Ayat 1 betul. Perbezaannya ialah Suatu hari merujuk kepada hari yang belum pasti atau abstrak. Contohnya, Encik Ali tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti, manakala Satu hari pula merujuk bilangan hari, seperti hari Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya. | Tatabahasa | 11.08.2020 |
1. Dari satu pihak kepada pihak yang lain atau Dari suatu pihak kepada pihak yang lain Adakah penggunaan perkataan 'satu' atau 'suatu' yang betul di sini? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Dari suatu pihak ke suatu pihak - Dari satu pihak ke satu pihak | Lain-lain | 13.10.2008 |
Di dalam istilah perundangan, apakah istilah yang tepat untuk menunjukkan berkenaan permohonan mahkamah di kertas kausa; "satu" permohonan atau "suatu" permohonan? | "suatu" permohonan" | Istilah | 10.04.2018 |