Assalamualaikum dan selamat pagi, saya ingin bertanya sama ada ejaan bagi "subkontraktor"@"sub-kontraktor"@"sub kontraktor"? sila bantu saya dengan kadar yang segera! terima kasih PN.MAIZA | Ejaan yang betul ialah subkontraktor. | Ejaan | 21.06.2007 |
Tuan / Puan, Saya Adibah dari Putrajaya. Saya ada satu soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Sub Agensi". Sub agensi ini merujuk kepada agensi di bawah sesuatu kementerian. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak DBP kerana sepanjang saya mengajukan soalan, pihak tuan / puan banyak membantu. | Ejaan yang betul ialah subagensi. | Ejaan | 02.01.2019 |
Yang mana satu penggunaan yang sebenar bagi sub ejen atau sub-ejen? | Ejaan yang betul ialah subejen | Ejaan | 26.02.2018 |
ejaan 'sub topik' perlu dijarakkan atau tidak? | Ejaan yang betul ialah subtopik. | Ejaan | 10.09.2011 |
subtema atau sub tema | subtema | Ejaan | 13.07.2011 |
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)? | Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara: a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber. Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
salam sejahtera. 1.sub agent dalam bahasa Malaysia ialah.......? | sub agent terjemahnnya subejen. | Istilah | 26.04.2011 |
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih. | Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal" boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH. | Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Ejaan yang betul untuk sub unit atau subunit jika merujuk kata nama khas sesuatu unit kecil dalam organisasi. | Ejaan yang betul ialah subunit. | Ejaan | 08.08.2017 |