Assalamualaikum tuan DBP. saya ingin bertanya soalan. 1. Apabila kita mengatakan tentang akhlak perlu didasarkan dengan agama, ini bukan bermakna kita mengajak kearah subjektiviti akhlak yang sempit. Ayat yang betul : Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu didasari oleh agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda/kalian ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu berlandaskan agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. | Tatabahasa | 24.11.2020 |
apakah yang dimaksudkan dengan lirik? | Lirik pada umumnya merupakan segala bentuk puisi ynag diakui oleh kebanyakan penyair sebagai yang mempunyai unsur-unsur (antara lainya) subjektiviti, imaginasi, melodi dan emosi; dan berdasarkan unsur-unsur tersebut, lirik lebih merupakan suatu gaya penulisan puisi - bukan suatu bentuk puisi. Dalam perkembangan penulisnya, pelbagai jenis pengucapan yang berunsur lirik telah dapat dikenal. Sebagai contoh: soneta, oda, balada dan elegi adalah antara beberapa variasi pengucapan lirik yang berlainan dilihat dari sudut bentuk, persoalan dan mood. Kadang-kadang lirik dicipta untuk dinyanyikan, lantaran bentuknya yang penuh berirama, bermelodi dan mengandungi unsur-unsur emosi penyair atau penciptanya. Sekian dan salam. | Lain-lain | 16.04.2009 |